Suara ketidakpuasan wakil MP dari Sabah di Parliamen ~ dimana wakil MP Sarawak?

adakah wakil Sarawak terlalu pengecut serta takut kepada Taib Mahmud untuk bersuara yang mencerminkan perwatakan ‘Yes Sir” mereka yang sebenar?

By Iban Baru

Saya amat tertarik dengan sikap kelelakian para wakil MP dari Sabah yang secara terang-terang mengungkitkan rasa tidak puas hati mereka tentang layanan Barisan Nasional terhadap kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak sejak menyertai Persekutuan Malaysia. Keluhan kekecewaan dan kemungkinan lompatan parti telah dibuat secara lantang samada di dalam mahupun diluar Parliamen. Anifah Aman, Gapur Salleh, dan Yong Teck Lee secara terbuka menyatakan kerajaan negeri Sabah telah dianaktirikan oleh Barisan Nasional. Antara lain Anifah Aman berkata….”sejak kemerdekaan selama 45 tahun bersama Malaysia tidak bermakna jika hasrat rakyat untuk mendapat pembangunan masih ditolak ke tepi dan wakil rakyat Sabah dipandang serong apabila membawa hasrat itu……”

Tetapi yang sangat menghairankan ialah, dimana suara wakil-wakil dari Sarawak? Adakah wakil Sarawak sangat berpuas hati dengan layanan “Kelas Pertama” Barisan Nasional selama ini dengan memberi penuh kuasa kepada Taib Mahmud mentadbir dan seterusnya telah membangunkan Sarawak sebagai negeri yang “termaju” di Malaysia? Ataupun, adakah wakil Sarawak terlalu pengecut serta takut kepada Taib Mahmud untuk bersuara yang mencerminkan perwatakan ‘Yes Sir” mereka yang sebenar? Adakah Taib Mahmud begitu risaukan Anwar Ibrahim akan mengenakan beliau hingga ke lubang cacing, kalau Pakatan Rakyat mentadbir negeri Sarawak? Lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor – bekas Ketua Menteri dari kedua-dua buah negeri mesti tak tidur nenyak mengingatkan kerana salahlaku kerajaan yang telah dilakukan.

Sedarkah kamu wahai para Wakil Rakyat Sarawak bahawa kerajaan BN dibawah Taib Mahmud telah secara sistematik merampas Hak Tanah Pribumi Sarawak untuk dan diberi kepada kroni-kroni beliau bagi menanam sawit? Tidakkah kita sedar yang Sarawak dan Sabah yang ‘memenangkan’ BN pada pilihanraya lepas? Kalau setakat memohon kelebihan jawatan Menteri tidak memadai.

Selepas PRU baru-baru ini, Penasihat PKR Anwar Ibrahim telah secara terang-terang mempelawa wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Malaysia yang baru. Walaupun janji yang Sarawak bakal diberi 20% Royalti Minyak (jumlah yang besar), system kerajaan yang bersih serta bebas dari rasuah ~ sedikit sebanyak memberikan kita rakyat Sarawak satu pilihan baru daripada menahan keperitan kemiskinan serta sikap bongkak lagi bodoh-sombong wakil-wakil MP serta ADUN kita dari Barisan Nasional yang ada sekarang.

Walaupun kita tidak dapat dengan pastinya, bahawa Anwar Ibrahim adalah pilihan paling tepat sebagai pengganti PM sekarang, tetapi kalau dibandingkan dengan pemimpin yang ada sekarang, pada hemat saya, what have we got to lose? Anwar juga perlu membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Sabah dan Sarawak dan bahawa beliau melakukan apa yang dikatakan, kalau tidak beliau dan PKR akan ditolak rakyat pada PRU akan datang!

Nasihat saya kepada Datuk Sri Anwar – jangan harap lagi pada wakil-wakil MP dan ADUN Rakyat Sarawak yang ada sekarang – mereka adalah orang suruhan Taib Mahmud yang sekarang ini mungkin terkencing dalam seluar menunggu musibah menimpa mereka. Kami rakyat Sarawak memohon kepada Datu Seri agar berjanji untuk mengembalikan kepada rakyat Sarawak segala harta kekayaan negeri ini yang telah dirompak dan disembunyikan diluar Negara. Sebagai orang Dayak yang prihatin, saya juga meminta Pakatan Rakyat supaya semua gubalan undang-undang Tanah Sarawak yang membolehkan kerajaan negri merampas Hak Tanah Pribumi (NCR) ditukar semula di DUN Sarawak.

Sekian.

Source: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/7477/1/

Popularity: 8% [?]

Related posts:

  1. PAS lebih moderate dari UMNO Posted by Abun Sui So this really show how important...
  2. PATUTKAH RAKYAT SARAWAK DAN SABAH MENYERTAI HINDRAF UNTUK MEMPERJUANGKAN HAK MEREKA? Written by: Abun Sui Anyit Dayakbaru: Our DB friend Abun...
  3. Siapa memperbodohkan orang Dayak? Posted by: Iban Abroad Hadi Awang, Presiden PAS (Parti Melayu)...
  4. KEPENTINGAN DAN AUTONOMI RAKYAT “PREBUMI” SABAH DAN SARAWAK TINGGAL MENJADI SEJARAH Ditulis oleh gkm2020 Marilah kita sama-sama menghimbas kembali dan berdiskusi...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments

6 Responses to “Suara ketidakpuasan wakil MP dari Sabah di Parliamen ~ dimana wakil MP Sarawak?”

  1. suraj on May 23rd, 2008 8:17 pm

    saya amat setuju dengan pandangan tuan. Pemimpin kita sekarang tidak berusaha keras untuk memajukan bangsa kita. Kita terus tinggal di belakang dari semua aspek. Saya amat sedih dan risau bangsa kita akan terus dibelenggu kemiskinan dari aspek ekonomi dan pelajaran. Orang lain sudah rancang pergi ke bulan,kita masih terperuk di tempat lama. Ayuh bangsa ku,kita sama berjuang membina bangsa. Kita adalah pewaris warisan bangsa.

  2. suraj on May 26th, 2008 1:32 pm

    .saya amat setuju dengan pandangan tuan. Pemimpin kita sekarang tidak berusaha keras untuk memajukan bangsa kita. Kita terus tinggal di belakang dari semua aspek. Saya amat sedih dan risau bangsa kita akan terus dibelenggu kemiskinan dari aspek ekonomi dan pelajaran. Orang lain sudah rancang pergi ke bulan,kita masih terperuk di tempat lama. Ayuh bangsa ku,kita sama berjuang membina bangsa. Kita adalah pewaris warisan bangsa.

  3. jay on May 26th, 2008 3:11 pm

    Mmg betul wakil MP dari sabah saja yang bersuara,malah MP dari sabah juga tidak takut dgn kerajaan pusat…mereka lantang bersuara menyuarakan masalah rakyat di sabah…MP dr sarawak cuma angguk2 saja

  4. Nyumbuh Tunggal on June 4th, 2008 4:08 am

    Amat nya. Aku lalu nadai bisi meda MP ari Sarawak bejaku lebuh dalam Parlimen. Semina siko aja ke bisi dipeda aku ia nya, MP ari Bintulu, Dato Tiong. Nya pan mantah / beserekang penemu enggau MP ari bala parti penyakal, ukai nya bejaku ngemansang ka menua kitai ari Sarawak.

    Uji kita meda MP ari menua Sabah, sida ia nadai kakang ati meri buah runding sida ba Parlimen, kena ngemansang ka menua sida ia. Aku setuju enggau “Jay” ti madah ka kitai ari sepiak Borneo tu di “Anak Tiri” sida BN. Uji kitai berunding, penatai pemisi menua Malaysia mayuh agi datai ari menua tungak ngagai Sarawak enggau Sabah. Kini semua utai nya. Ni utung ari “Hasil Bumi” ari Sarawak Enggau Sabah. Nama kebuah rega minyak ba Sarawak enti di banding enggau menua semanjung, sedangkan menua Sarawak ke mayuh agi ngeluar ka Minyak enti dibanding enggau menua bukai ba Malaysia.

    Uji kitai sama berati, menua kitai Sarawak kaya agi menua Singapore enti kitai Sarawak merintah ka diri. Semua menua Sarawak bisi. Tang nya meh, bala sida ke megai (MP, Dato-Dato, Menteri-Menteri) Sarawak baka chapi ke ditusuk idung. Ni ko orng ngirit. Ia ke tusah Rayat kitai Sarawak.

    Nya aja komen ari aku. Minta ampun ngagai kita semua enti sema komen aku tu nadai manah dibaca.

  5. Wat Lembau on June 6th, 2008 12:29 pm

    Aku pan setuju enggau penemu Iban baru nya.Pasal tanah adat ti di ambi endur numbuh ka sawit nadai mai penguntung ka kitai Iban, semina ka sida YB aja. Nadai udah kitai Iban udah kaya masuk enggau skim sawit.

  6. Towkay on June 19th, 2008 1:06 pm

    Yb Iban kering kerak asi.bejaku ba belakang ngeluik pala sida.bedebat ba parlimen takut!!!pasal untak sida agi out-dated/second class.Yb penuh ba parlimen pan timbalan ia ke mayuh gi bejaku.baka sarinya kes ceroboh tanah ba cameron higland.sepatut ia dounglas unggah bejaku.tang nama kebuah ukai ia dipilih wartawan.nya nunjuk ke bc pengurang ba ia.pia mega akih jelaing.timbalan menteri kpdn.ia nemu kitai iban cukup merinsa ketegal kenaikan bahan api&makanan.nadai pan nama2 solution dah digaga ia.pengudah tu badu agi kitai iban milih yb bangka bakatu…nemu melitik org aja.tang enda nemu berpolitik!

Leave a Reply




Bad Behavior has blocked 958 access attempts in the last 7 days.