Antara RM12 Juta di Lubok Antu dan Matlamat Perjuangan Dayak Seluruh Sarawak

Posted by Long Kong

Mee Segera

Peruntukkan 12 juta oleh kerajaan BN bukanlah suatu kejutan dalam pilihan raya Lubok Antu.

BN hamburkan duit – kalah juga

Pilihan raya di Kuala Terengganu juga menyaksikan kerajaan BN mengahamburkan duit bagai hujan turun dari langit. Harapan BN amatlah besar untuk memenangi kerusi tersebut untuk membuktikan mereka masih relevan dan diterima rakyat. Malangnya.. suntikan BN itu tiada bisanya. Rakyat Kuala Terangganu sudah pun membuat keputusan memihak kepada Pakatan Rakyat.

BN berpersepsi Dayak boleh dikelaburi oleh wang

Kini, BN menggunakan plan yang sama untuk piliharaya di lubok antu. BN sedar plan itu tidak dapat dipakai di Kuala Terangganu, tetapi sengaja mencubanya di Lubok Antu.

Persepsi BN ialah, pikiran dayak terutamanya Iban di Lubok Antu masih boleh dikelaburi oleh wang.

Dayak perlu belajar dari KT

Masyarakat dayak(iban) di Lubok Antu perlu belajar daripada pilihanraya Kuala Terangganu. Kerana jika tidak, dayak akan dilebelkan sebagai tiada asas perjuangan jangka panjang dan pikiran mereka boleh dibeli dengan wang ringgit.

Pikiran yang masih boleh diarahkan oleh orang lain dan senang dikawal oleh orang lain.

INILAH PUNCANYA KENAPA DAYAK TINGGAL DI BELAKANG WALAUPUN SUDAH LEBIH 40 TAHUN.
Pemimpin dayak SEWENANGNYA menyerahkan pada orang lain (TOK UBAN) untuk menentukan nasib dan hala tuju dayak di Sarawak.

Mereka sudah tidak berjuang sebagai pemimpin kerana TIDAK BERANI MENYUARAKAN HAK HAK DAYAK.
Mereka inilah pemimpin pengecut kerana kepatuhan dan ketakutan mereka pada Tok Uban mengatasi prinsip perjuang mereka kepada rakyat.

TUAH – sampai masa Pilihan Raya Kecil sahaja

Di Lubok Antu, RM12 juta amatlah menguntungkan. Jika bukan kerana Pilihan Raya, Lubok Antu tidak akan ada TUAH seperti ini. Nampaknya, dayak di Lubok Antu sudah mula berfikir bahawa hidup mereka akan bertambah senang.

BN sudah memenuhi perminta Dayak Batang Ai?

Dayak di Lubok Antu juga menganggap mereka sangat istimewa. Pada pikiran mereka, kerajaan BN sudah memanjakan mereka dan memenuhi permintaan mereka.

Tetapi belum lagi

Tetapi, malanglah jika Dayak di Lubok Antu menganggap BN sudah benar benar berjuang dan menjadi wakil mereka. Jika kerajaan BN benar benar berjuang untuk mereka, Dayak di Lubok Antu sepatutnya menikmati janji janji BN sejak 20 tahun yang lalu. Lubok Antu antara tempat di Sarawak yang paling awal menerima projek Mega seperti Batang Ai HEP & kilang sawit.

Mengundi BN adalah kerugian yang besar

Saya juga percaya, banyak Dayak di Lubok Antu sudah mulai berpikir untuk mengundi BN sepenuhnya kerana RM12 juta.

Saya berkata bahawa RM12 juta adalah suatu keuntungan bagi mereka, tetapi mengundi BN adalah kerugian yang amat besar. Bukan sahaja kepada Dayak di Lubok Antu tetapi juga kerugian kepada Dayak di seluruh Sarawak.

Duit kekayaan bumi kenyalang

RM12 juta itu bukanlah duit daripada BN, tetapi itu adalah duit kekayaan bumi kenyalang. Hasil balak dan minyak. Juga duit cukai termasuk cukai tanah para Dayak di seluruh Sarawak. BN hanya mengumpulkannya dan mengagihkannya sahaja. Mereka hanya memulangkan hak milik dayak yang 20 tahun dulunya diambil oleh mereka. Maka tidak hairanlah mereka berkata “Kami bagi RM12 juta” sebenarnya “kami pulangkan RM12 juta duit kamu” . Masih banyak duit kamu dalam simpanan mereka.

Janganlah rasa bersalah

Oleh itu, masyarakat Dayak di Lubok Antu janganlah rasa bersalah apabila tidak mengundi BN. Mereka masih banyak berhutang budi pada ketaklukan Dayak di Sarawak.

Mesti bijak

Dayak di Lubok Antu hendaklah bijak seperti pengundi di Kuala Terengganu. Menerima RM 12 Juta dan memangkah Pakatan Rakyat adalah keuntungan berganda.

BN tidak harus diamanahkan sekali lagi, mereka sudah gagal selama 40 lebih tahun. 40 tahun juga mereka menggagalkan dayak Sarawak.

Jinak merpati – cerdik seperti ular

Dayak di seluruh Sarawak sekarang memerhati kamu(dayak Lubok Antu), jinaklah seperti merpati, tetapi harus cerdik seperti ular.

UNDI PKR

Adalah adil jika dayak di lubok antu mengundi pakatan rakyat, supaya lebih banyak wang dihamburkan oleh BN untuk memenangi pengundi dayak pada pilihanraya di tempat – tempat lain.

Bukan wang ringgit BN – undi PKR

SUDAH TIBA MASANYA, BUKAN WANG RINGGIT MENENTUKAN UNDI DAYAK. Janganlah tetap pada tahap pemikiran yang sama. Zaman sudah berubah.
WE MUST CHANGE..

Popularity: 22% [?]

Related posts:

  1. Batang Ai: Bekas MP Lubok Antu calon PKR Announcement (now it is Official) Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih...
  2. Lubok Antu Forgotten Written by Dr. John Brian Anthony Face of Lubok Antu...
  3. Minyak dan Politik Taken from The Malaysian Insider – (Datuk Zaid Ibrahim). Rais...
  4. RUMAH ORANG IBAN SARAWAK TUTUP PINTU BUAT PKR Posted by ugahchua Rumah Mau Penduduk dari Rumah Mau anak...
  5. Update Janji Bepilih ari Lubok Antu Taken from Utusan Borneo Dayakbaru : Bala kitai  enggau bala2...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments

17 Responses to “Antara RM12 Juta di Lubok Antu dan Matlamat Perjuangan Dayak Seluruh Sarawak”

  1. Papong Engkilu on March 23rd, 2009 1:01 am

    Peda kitai ditu- Iban ngemula ke iban!! Sapa rugi?
    Iban ga rugi. Iban ngemeli ke iban.
    Sida Masing, Jabu lalu enggau bala ukoi iban ke bukai sigi betesegau di LA diatu-betiki ke rumah, langkau etc lalu ngemeli ke iban. Kasih meh kitai iban- dikemeli ke bansa diri. Enda ngutok ga bansa bukai ngemeli ke bansa kitai, bechuri ke tanah ke diperimba aki ini kitai kelia.

    Diatu tak nama utai dipinta kitai ngagai bala ukoi Babi Buban sigi sanggup magang sida meri-minta injin duit, ansa ke betelu ke intan gemala pan ka meh sida meri , anang ke naka duit ringgit ke bepuloh dua.

    Aku tak ngarap ke bansa kitai mereti meh. Nama utai diberi BN tak ambi magang tang undi anang meri ngagai BN, party ke ngelakar,nyiping bansa Dayak sejak kitai Merdeka kelia.

    TQ-P.E.

  2. nama ulih dik munyi tuk deh on March 23rd, 2009 3:28 pm

    amat landik dik bejako papong engkilu…nipak ka nama dik empu.. nama utai ka ulih dik munyi tuk deh..aku nanyak dik…nama udah digagak dik, dipujur ka dik udah ngemaju ka kitai iban??? dik tuk tak bejako ngapa..nama udah dipajuka bala pkr deh???

  3. Anak Semalau on March 23rd, 2009 3:59 pm

    KEMANAKAH KITA MELANGKAH???

    “ HU…..HA, TU MEH MAIA KITAI NGUBAH PENGIDUP KITAI !!!!”

    THE WAR CRY OF DAYAK BARU

    Sekaranglah masa kita mengorak langkah ke arah DESTINASI YANG LEBIH BERFOKUS Kenyataan ini menjelma di dalam fikiran ekoran dari perkembangan politik yang telah membuka minda dan menjadi nafas sebagai penggerak ke arah PEMBAHARUAN.

    Telah terlalu lama kita berjalan seiring dengan gerombolan Barisan Nasional. Perjalanan yang dijanjikan menuju ke arah kesejahteraan dan kemakmuran. Ya, kesejahteraan tanpa discriminasi yang dapat dinikmati bersama-sama hingga ke cucu cicit. Telah banyak pengalaman pahit yang telah kita tempuhi semasa di dalam perjalanan yang penuh harapan itu.Selama ini, kita sanggup berkorban demi mempertahankan maruah dan ideologi yang didukung oleh Barisan Nasional. PERSOALANNYA KINI IALAH ADAKAH KITA TELAH DIPIMPIN KE ARAH YANG BETUL??? Adakah kita dididik untuk mengganggap diri kita sebagai seorang warga MALAYSIA ???Adakah kita memegang hak dan keisteimewaan yang setimpal sebagai rakyat Malaysia??? Adakah rakyat dapat apa yang sepatutnya mereka dapat sejak lebih kurang setengah abad bersama Barisan Nasional??? Adakah rakyat dilayan sama rata, tanpa mengira kaum, keturunan dan agama??? Tepuk dada, tanya selera.

    Kini tibalah masanya kita memulakan pelayaran dengan sebuah kapal PAKATAN RAKYAT yang dikemudikan NAKHOTA DAN KELASI YANG LEBIH DINAMIK. Satu pelayaran yang masih jauh tetapi akan tetap sampai di daratan di mana kita boleh berpijak di bumi nyata; bukan sekadar mendengar pembohongan pucuk pimpinan BN yang sentiasa menegakkan benang yang basah dan memikirkan cara mempertahankan kebajikan mereka semata-mata.

    Marilah kita bersama-sama mengubah haluan dan mencari daratan yang memberi kita peluang untuk mengubah nasib yang selama ini dibayangi oleh discriminasi.Inilah saat kita membina harapan baru dan merealiasasikan harapan tersebut demi kebaikan semua.

    Berdoalah kita ( tidak kira Muslim, Kristian, Hindu, Buddhist ) semoga harapan baru ini dikabulkan oleh Tuhan. Semoga kehidupan kita lebih sejahtera. Kehidupan yang lebih adil dan saksama. Kehidupan yang tak tertekan oleh isu-isu perkauman, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan gejala-gejala yang menindas rakyat.

    Kini tibalah masa kita mengecapi apa yang seharusnya milik kita. Milik kita yang selama ini telah disalahgunakan untuk kepentingan segelintir insan saja. Selagi kita seiringan dengan BARISAN NASIONAL, selagi itulah kita akan tetap mengecapi apa yang telah kita kecapi selama LIMA DEKAD yang lalu. Sekarang adalah waktu kita membuat pembaharuan.

    Belajarlah dari sejarah kehidupan kita selama berada bersama Barisan Nasional; Barisan Nasional yang berteraskan perkauman dan agama yang begitu EKSTREM. Selagi ideologi perkauman dan agama yang ekstrem ini masih kita sematkan di dalam sanubari dan minda kita, selagi itulah pergeseran berlaku. Pergeseran yang sememangnya di idam-idamkan oleh Barisan Nasional. Selagi amalan ini diteruskan, perpaduan yang padu tetap rapuh. Akibatnya ialah apa yang kita hadapi sekarang ini.

    Selain faktor perkauman dan agama yang ekstrem, faktor lain yang mungkin menjadi penyumbang pada keretakan perpaduan dan kesejahteraan negara kita ialah kerana tempoh menjadi pemimpin yang terlalu lama dan pucuk kepimpinan diturunkan kepada keturunannya sendiri; zuriat yang tidak ada bakat kepimpinan untuk memimpin rakyat yang berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia ini. Semakin lama seorang pemimpin memimpin, maka makin kuat cengkamannya. Seandainya dibiarkan, cengkamannya sukar untuk dileraikan. Ini telah terbukti bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara jiran kita. Pemimpin tersebut berselindung atas nama DEMOKRASI tetapi realitinya dia adalah seorang DIKTATOR. Oleh kerana berjaya menjadi diktator, maka senanglah pemimpin tersebut membolot harta berbillion dolar.Sesiapa yang berani bersuara akan dilenyapkan. Maka timbul lagi satu persoalan. Adakah pemimpin jenis ini yang kita inginkan???
    AWAS !!!!! BAYANG-BAYANG PEMIMPIN JENIS INI SUDAH KELIHATAN DI DALAM ARENA POLITIK NEGARA KITA.

    ARAP KE PETARA ULIH NYUKUNG ULIH MANDONG KITAI NGELABAN ORANG TI NGEMERINSA KE BANSA KITAI.!!!!!!!!!!

  4. Anak Semalau on March 23rd, 2009 4:00 pm

    HIKAYAT ILMU CENGKAMAN KUKU BESI

    Setelah 45 tahun bersama Barisan Nasional,tanya lah diri kita sendiri ke manakah pemimpin di Sarawak ini membawa kita??? Sebagai seorang anak Iban Sarawak dan warga Malaysia, disini dikongsi bersama sebuah kisah yang bertajuk “Hikayat Ilmu Cengkaman Kuku Besi”untuk dijadikan ilham dan renungan.

    Pada tahun 80’an dahulu, beberapa parti komponen di Sarawak ( ke maioh agi Menteri kitai Iban) telah dicincang dengan lumat untuk dijadikan sebagai korban Ilmu Cengkaman Kuku Besi; ilmu yang mengamalkan PECAH dan PERINTAH yang diperturunkan dari Tok Guru I ( masih hidup dan sedang bertapa ) kepada anak saudaranya. Parti-parti ini dikorbankan kerana dirasakan sebagai penghalang pada agenda untuk berkuasa secara mutlak sambil mengaut kekayaan negeri ini.

    Sejak dari saat itu, setelah berjaya memegang tampuk kepimpinan, anak saudara Tok Guru I Ilmu Cengkaman Kuku Besi yang bergelar Tok Guru II sentiasa mencari mangsa dan harta. Aliran Ilmu Cengkaman Kuku Besi lebih nekad lagi bertindak. Rakyat jelata ditakutkan dengan ugutan. Sesiapa yang berani bersuara akan dipinggirkan dan menderita. Rakyat yang tidak berpuas hati akan merasakan bahangnya. Rakyat yang membayangkan ketidakpuasan tidak akan di dengar suaranya sebaliknya disiksa dari segi psikologi dan mentaliti. Peruntukkan dan kemudahan yang dijanjikan semasa berkempen ditarik balik atau tidak ditunaikan. Maka terpaksalah rakyat di tempat itu menunggu selama beberapa penggal hingga pilihanraya yang akan datang dijalankan (Itu pun kalau ada pertandingan di dearah itu)untuk menunjukkan keakuran mereka terhadap Ilmu Cengkaman Kuku Besi. Selagi tak akur, selagi itu lah peruntukkan tak diberi. Contohnya, semasa pilihanraya pada suatu ketika dahulu, Batang Ai menjadi salah satu kubu kuat PBDS ( PBDS sudah bersemadi tetapi tak aman). Waktu itu, wakil-wakil PBDS merupakan parti pembangkang ekoran parti SNAP yang telah dilumatkan semasa Zaman Ming Court. Ahli-ahli parti komponen dipecahbelahkan. Satu pihak menjadi pengikut Tok Guru I sementara pihak yang lain menjadi pengikut Tok Guru II. Maka bergaduhlah pengikut-pengikut di kedua pihak sementara Tok Guru I dan Tok Guru II menjadi pemerhati dan batu api.

    Dipendekkan cerita, selepas pergaduhan tersebut, ada yang menang dan ada yang kalah. Pasukan yang menang adalah pengikut Tok Guru II walaupun banyak yang cedera parah. Kecederaan yang sukar untuk dipulihkan. Yang kalah menyembunyikan diri.

    Melihatkan kejayaan Tok Guru II mengalahkan Tok Guru I, pengamal Aliran Ilmu Cengkaman Kuku Besi amat terpegun dan memuji-muji Tok Guru II kerana dapat mengalahkan Tok Guru I. Tetapi disebalik tabir kisah ini, Tok Guru I dan Tok Guru II ketawa terbahak-bahak. Mereka geli hati menyaksikan pergaduhan pengikut-pengikut mereka yang cedera dan luka. Maka RANCANGAN LANGKAH SATU telah berjaya sepenuhnya. Dengan kejayaan itu, Tok Guru I pun pergi berhijrah ke luar negara dan menjalankan kehidupan yang penuh kemewahan. Biarlah anak muridnya, Tok Guru II yang mentadbir negeri.

    Ekoran dari rentet sejarah tersebut, rakyat di Batang Ai telah merasakan bisa Ilmu Cengkaman Kuku Besi. Projek Hydro Batang Ai menjadi bukti.Kesejahteraan yang dijanjikan terlalu lambat untuk dinikmati ( Sekali lagi, itu pun kerana wakil rakyat tersebut telah diserapkan bersama partinya ke dalam Barisan Nasional barulah rakyat diberi secubit ganjaran) Walaupun Empangan dibina berdekatan, namun tidak semua rumah di daerah Batang Ai mendapat kemudahan elektrik. Kalau ada pun, terpaksa mengeluarkan bayaran yang tinggi untuk membayar khidmat SESCO untuk menyambungkan bekalan elektrik ke rumah masing-masing. Setelah menunggu beberapa dekad, baru lah terang sedikit dipersekitaran kampung. Masakan tidak !!! Bila Pilihanraya Umum hampir tiba, mula lah tiang elektrik berdiri hanya beberapa batang. Rakyat terpaksa menunggu beberapa kali pilihanraya barulah dapat bekalan, itu pun kalau rakyat dikawasan itu telah akur dan menurut saja pembohongan BN. Walaupun menikmati bekalan elektrik, yang peliknya, di Batang Ai, kekerapan “Blackout” nya mengalahkan tempat lain di negeri Sarawak Mungkin kerana bil elekrik dibawah RM20 free kot!!! Orang bujang pun guna lebih dari RM20 sebulan, ini kan pula yang sudah berkeluarga!!!! Kalau betul betul ikhlas nak bantu rakyat,lakukanlah sesuatu yang realistik. (Dengar khabar angin, yang memiliki SESCO sekarang adalah Tok Guru II. )

    Akai ndai…… parai kita!!! Semua empu iya magang : API , AI, TANAH……dini endor kitai Iban idup ila ???????? Ba langit kini……begulai enggau Ini Andan enggau sida Apai Sabit Bekait !!!!!!

    Itulah kisah serba ringkas dari Batang Ai.Belum lagi kita menyentuh tentang pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun yang sekarang telah mencecah RM 7.5 billion dari 4.5 billion!!! ( Cekap atau Cekup???)Adalah diharapkan semoga rakyat di kawasan Empangan Bakun nanti tidak mengalami nasib yang sama seperti saudara mereka di Batang Ai.

    Keberkesanan Ilmu Cengkaman Kuku Besi membolehkan Tok Guru II meluaskan mukim jajahan. Apabila kuasa ilmu telah bertapak, Tok Guru pun boleh ambil apa saja walaupun tak secara terang-terang. Tanah di ambil secara berselindung di sebalik nama SALCRA dan KERAJAAN NEGERI. Tanah-tanah dibahagikan di kalangan pengikut-pengikut yang setia mencium buntut Tok Guru II. Konsesi balak diAliBabakan kepada pemberi “pengeras”. Kalau rakyat tidak bersetuju, khidmat kaki pukul digunakan untuk menakut dan mengugut rakyat. Bila rakyat terus melawan dan menewaskan kaki pukul, rakyat tersebut dipenjarakan.

    Hasil kelapa sawit yang dinamakan “dividen” dikeluarkan setahun sekali. Yang empunya tanah menjadi kuli ditanah sendiri. Pemilik tanah yang mempunyai keluasan tanah lebih kurang10 acre mendapat dividen kurang dari RM1000 setahun. Bayangkan berapa pendapatan mereka setiap hari?? Sebelum penanaman kelapa sawit dijalankan, kayu kayan yang terdapat di tanah tersebut disapu habis oleh pengusaha ladang dan hasil jualan balak dibahagikan kepada pengikut-pengikut termasuk Tok Guru II sendiri.

    Dan yang menyedihkan lagi, tanah tanah yang diwarisi dari nenek moyang dan tempat tapak rumah panjang yang telah didirikan sejak berzaman-zaman dahulu pun bukan lagi menjadi milik penghuni rumah tersebut. Ianya sudah dimiliki oleh kumpulan yang menamakan diri mereka KERAJAAN NEGERI.

    Oleh kerana Tok Guru II adalah seorang yang memiliki ilmu yang tinggi, Tok Guru II tidak melepaskan peluang untuk mendapat kontrak ( langsung dan tak lansung) dari peruntukkan yang diberi Kerajaan Pusat untuk membina jalanraya ( bertar dan tidak bertar) di serata negeri Sarawak. Kononnya memudahkan rakyat dan melancarkan ketumbuhan ekonomi. Sumbangan Tok Guru II dan pengikutnya di bidang ini amatlah besar. Jalanraya yang berlubang ditampal setiap hari. Semakin banyak lubang ditampal, maka semakin banyaklah manfaat yang diperolehi. Namun, jalanraya yang telah ditampal seakan-akan timbunan tahi lembu. Kenderaan yang melalui jalanraya pun tak senang nak bergerak. Melambung-lambung dan terhenjut-henjut!!! Seolah-olah takut terpijak tahi lembu.

    Setelah semua harta dan tanah berada dalam cengkaman, Tok Guru II menumpukan perhatian pada sumber lain untuk menambahkan kekayaan. Tumpuan beliau bukan hanya pada tanah saja tetapi termasuk sampah sarap dan najis. Memandangkan sampah sarap atau najis boleh mendatangkan hasil yang lumayan, beliau tidak teragak-agak untuk mengekploitasikan hasil tersebut. Kalau ada rakyat yang bertuah mendapat hasil dari sampah dan najis, itu adalah kerana mereka mampu untuk menyediakan “pengeras” agar bisa Ilmu Cengkaman Kuku Besi tidak memakan dirinya.

    Walaupun ada pengikut yang tidak bersetuju dengan cara Tok Guru II mentadbir negeri namun pengikut-pengikut Ilmu Cengkaman Kuku Besi masih menurut perintah. Mereka terpaksa menurut dan menjalankan perintah walaupun mangsanya adalah kaum kerabat sendiri. Mereka rela mengorbankan saudara mara asalkan tidak dijadikan korban Ilmu Cengkaman Kuku Besi. “Ditelan mati bapa, diluah mati pula emak”.

    Setelah sekian lama memimpin, maka Tok Guru II pun menjadi kaya raya. Sampai cucu cicit pun tak akan habis harta serta wang ringgit digunakan. Memandangkan semua perancangan telah berjaya sepenuhnya,maka Tok Guru II pun merasakan telah tiba masanya untuk menurunkan Ilmu Cengkaman Kuku Besi kepada anak dan sepupu perempuannya. Sepupunya diangkat jadi pengamal Ilmu Cengkaman Kuku Besi kerana Tok Guru II rasa terhutang budi kepada Tok Guru I yang telah mendidiknya sehingga berjaya. Sebagai memenuhi syarat untuk menjadi anak murid Aliran Ilmu Cengkaman Besi, anak dan sepupu perempuan Tok Guru II hendaklah menjadi calon pilihanraya 2008. Setelah kedua-duanya memenangi pilihanraya dengan senang ( politik wang, katakan!!!). Tok Guru II berasa begitu yakin dan selesa dengan kedudukannya.

    Namun, tak semena-mena, ILMU TSUNAMI MULA MENGGANAS. Tok Guru dan penuntut baru Ilmu Cengkaman Kuku Besi mula tak senang duduk. Mereka risau Ilmu Tsunami akan menyerap kuasa Ilmu Cengkaman Kuku Besi dan sememangnya kerisauan mereka berasas. Gegaran Ilmu Tsunami sudah dirasai. Walaupun memiliki ilmu yang begitu banyak, Tok Guru I dan Tok Guru II tak mampu berbuat apa-apa selain daripada cuba menyembunyikan harta yang begitu banyak sekali.Takut harta benda tersebut di ambil balik oleh rakyat (kalau tanah negeri ini dapat dilarikan, besar kemungkinan mereka akan bawa bersama)Maka setakat ini saja Hikayat Ilmu Cengkaman Kuku Besi untuk kali ini.

    Sama-samalah kita menunggu saat Ilmu Tsunami membebaskan kita dari Ilmu Cengkaman Kuku Besi. Tak kira bila ianya melanda…..tapi ia tetap akan melanda jua akhirnya. Kita hanya merancang, TUHAN yang akan menentukan. PRU 12 di Semanjung adalah titik permulaan tsunami akan melanda ke kawasan lain. “Kalau bukan sekarang, esok, kalau bukan esok, akan tiba juga pilihanraya umum”……tapi TSUNAMI TETAP AKAN TIBA DI SARAWAK.

    Sekali lagi diharapkan semoga PAKATAN RAKYAT BERJAYA DIDALAM PERJUANGANNYA. Sebagai warga Malaysia, adalah diharapkan agar Pakatan Rakyat mampu membawa TSUNAMI ke Sarawak untuk menyingkirkan Ilmu Cengkaman Ilmu Kuku Besi dan menanamkan cara kepimpinan yang lebih adil dan telus; pemimpin yang bersepakat dan komited terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.Tamatkanlah era keturunan Tok Guru yang telah mengaut khazanah negeri ini selama hampir SETENGAH ABAD. Sudah tiba masanya penduduk negeri Sarawak berada di bawah pimpinan seseorang yang berwibawa dan yang tidak ada agenda tersembunyi untuk memecahbelahkan rakyat demi kepentingan diri sendiri.

    Suara dan minda rakyat hendakkan PERUBAHAN. Perubahan yang positif yang dapat memberi manfaat dan kemajuan kepada semua penduduk Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Pemimpin yang diperlukan di zaman ini adalah pemimpin yang mampu memimpin semua rakyat Malaysia. PEMIMPIN YANG KITA INGINKAN ADALAH SEORANG PEMIMPIN YANG ADIL DAN BERINTEGRITI. Bukan pemimpin yang sekadar menabur janji hanya kerana hendak memancing undi. Dan bukan juga pemimpin yang begitu khusyuk memartabatkan kaum dan kerabat keluarganya sendiri sehingga lari dari landasan perjuangan yang diperlukan oleh rakyat. Kita sekarang tidak lagi memerlukan pemimpin yang begitu.Pemimpin begitu akan membawa kita pada KEHANCURAN.

    Kepada BAKAL PEMIMPIN IBAN, inilah masanya kalian membuat keputusan “KEMANA HARUS KAMU MEMBAWA KAUM KAMU DEMI MASA DEPAN DAN KESEJAHTERAAN KAUM IBAN”.

    Sekaranglah masa kalian untuk memilih keputusan yang betul demi kebaikan bersama. Ketahuilah bahawa pemikiran rakyat sekarang bukan lagi seperti dahulu. Telah terlalu lama Barisan Nasional menakluki pemikiran datuk dan ayah rakyat Sarawak. ANAK SARAWAK SUDAH TAK TAHAN LAGI MELIHAT BARISAN NASIONAL MENANAM BENIH PEMBOHONGAN DI DALAM MINDA MEREKA. Usah risaukan ugutan dari Tok Guru II. Adakah kalian masih sanggup mengikut telunjuk Tok Guru II yang telah mengucar kacirkan hidup kita selama lebih TIGA ABAD ??? Keluarlah dari Cengkaman Kuku Besi. Sebagai seorang rakyat yang prihatin dan mahukan perubahan, kami DAYAK BARU di Sarawak tetap akan berdiri dan menghadapi cabaran bersama kamu. Bawalah kami bersama sama menuju ke era yang lebih terjamin. Bersatulah kalian semua tanpa termakan hasutan dan pengaruh Ilmu Cengkaman Kuku Besi. Teladanilah pemimpin kaum lain seperti Encik Lim Kit Siang yang dapat mengharungi cabaran-cabaran berdekad lamanya. Pertahankanlah maruah kalian seperti Encik Karpal Singh demi kebaikan rakyat dibawah naungan kalian. Fikirkanlah nasib rakyat di bawah naungan kalian. Ubahlah nasib kami. Cukuplah kalian memberi HARAPAN YANG KOSONG kepada kami. TUNAIKANLAH JANJI DENGAN MEMENUHI HARAPAN KAMI YANG SELAMA INI KOSONG.

  5. nyabur on March 23rd, 2009 5:31 pm

    Nuju semua rakyat Batang Ai, diatu meh peluang kitak “to become a part of Sarawak great history” udah datai siti hari ba tubuh kitak endur mantai ka buah runding serta kuasa undi kitak…tu meh peluang kitak mandang ka sida Buban and the gang ambi sida nemu orang Iban BA ukai buta serta enda agi arap ka bantu tulung serta jako tipu sida iya…Change We Must

  6. from blog « Dewan Pemuda PAS Sarawak on March 23rd, 2009 8:52 pm

    [...] Antara RM12 Juta di Lubok Antu dan Matlamat Perjuangan Dayak Seluruh Sarawak [...]

  7. menantu sarawak on March 23rd, 2009 9:30 pm

    bagaimana mengubah nasib bangsa dayak sarawak?

    Cuma nak bagi pandangan, sy sebenarnya hairan mengapa felda tidak ada di sarawak. Sy merupakan salah seorang anak peneroka felda di pahang. 30 tahun dahulu keluarga sy memang hidup merempat, tiada tanah, rumah, pendapatan sekolah dan kesihatan keluarga tidak terjamin. sy rasa keadaan keluarga sy sama seperti kebanyakan bangsa dayak kini.

    Setelah masuk felda, kami diberikan rumah 0.25 ekar dan ladang kelapa sawit 10 ekar. Felda juga ada membina tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, klinik kesihatan dan banyak lagi kemudahan untuk keluarga peneroka.

    Kini kami semua adik beradik boleh dikatakan berjaya dan sekarang sy sedang melanjutkan pengajian di peringkat phd.

    Bapa kini tidak mampu lagi bekerja diladang kelapa sawit, namun felda terus membayar gaji rm 1500 sebulan.

    Sy begitu sedih dgn nasib saudara sy bangsa dayak di sarawak. Sudahlah tanah diambil, jadi kuli di tanah sendiri, bayaran dividen tidak setimpal, persekolahan dan kesihatan keluarga tidak terjaga. kalau berterusan begini bangsa dayak akan terus miskin dari generasi ke satu generasi.

    Berubahlah, konsep pembangunan tanah ncr yang diperkenalkan hanya menguntungkan syarikat besar.

    sy berpendapat, sekiranya felda dapat masuk ke sarawak nasib bangsa dayak akan berubah seperti mana keluarga sy.

  8. Auspengerindu on March 23rd, 2009 10:14 pm

    menantu sarawak,

    I wish dayak YB sendiri can ask DP Jabu why FELDA tidak dibawa ke sarawak?

    Beza mungkin: FELDA was set up to help the poor but in Sarawak SALCRA was/ is used by YBs to rob NCR lands and forced them to work on their lands with minimum dividends, because in SALCRA there is no transparency- banyak penyangak bansa sendiri, yang kaya take advantage of the poor.

    YB di s’wak dah kaya nak kaya lagi, biar rakyat miskin supaya masih dapat dibodohkan buat selama lama nya….kerana nak jadi YB sampai umur 84 tahun….

  9. Iban Abroad on March 23rd, 2009 10:32 pm

    BN,

    12 millions is too little to compare with the profit from HEP Batang Ai since 1984.

    Come-on BN.

  10. Anak_Iban_MSc_in_KL_now_in_Miri on March 23rd, 2009 11:21 pm

    DO NOT TRUST Be eNd anymore. Sida BN nya penipu besai bak bansa kitai Iban. Asoh pulai bala menteri ke enggau kempen dia. RM12juta silap ari bulan semina silap mata David Jabu Copperfield & Dr. James Copperfield. Seduai tu nemu amai nipu bansa kitai Iban laban nyaga periuk asi sida iya empu aja. Udahnya abis tanah buah kita dikereja ke iya. Taju Remaung ko jako tuai..jaga-jaga.

  11. Auspengerindu on March 24th, 2009 12:16 am

    12million is for road & other amenities not cash money.

    But no amount of money is enough to sustain the rakyat continuous decent living without being self-sufficient through proper capacity building.

    Even Bill Gates could not afford it in one term as Sarawak YB.

  12. batulawi on March 24th, 2009 12:18 am

    Jika pembangunan tanah ala-FELDA dilaksanakan di Sarawak, kaum Dayak tentu akan menjadi kaya-raya semua. Bayangkan harga hasil sawit 20 -30 ekar (minima) setiap keluarga kerana Dayak memiliki tanah NCR yang luas. BN tidak mahu orang Dayak jadi kaya. BN mahu Dayak kekal miskin supaya senang disogok dengan wang yang sedikit sahaja semasa pilihanraya. Selagi BN berkuasa, Dayak akan tetap “diMiskinkan” oleh BN. Jangan undi BN lagi.

  13. Auspengerindu on March 24th, 2009 12:20 am

    Undilah PKR

  14. Pua KumbU on March 24th, 2009 9:22 am

    RISDA
    Baru masuk sarawak. Office ba saratok.

    Tujuan:
    ka nanam getah nulong orang miskin terutama Dayak.

    syarat:
    Tanah getah mesti bisi pala at least JOT. Mesti ka land title. Nadai JOT or Land title enda ulih.

    Apooo…. nama penyadi kitai. Bakani Risda ulih nulong enti tanah kitai dayak semina NCR.

    perintah dua kali lima.

  15. EDWARD TEB on March 24th, 2009 11:32 pm

    Undilah calon PKR.Parti PKR mesti menang diBatang Ai.Jangan banyak cukup lagi,kempenlah sekarang untuk mendapat undi dari rakyat jelata.Let us focus on winning in Batang Ai if you want to change.MUPOK AKU

  16. baru ngundi...... on April 3rd, 2009 4:43 pm

    50 puluh taun merdeka……… rakyat lubuk antu agi bc ngena perau…… brapa bilion udah pansut ari sungai kitai? semina 12 juta aja ke enggi kitai?….nama kitai iban semina nemu matematik? tau ke ngira sampai 7 aja?…….kah….kah….kah…. agi ga kitai ka dikemeli ka perintah…. cukup meh naka aki ini kitai ke nyau sepiak kaki ba entubung nya nyadi iban beli…. kurrr semengat….ngarap ke Iban ke rebak baru nadai beli agi…..

  17. slay on November 9th, 2009 2:54 pm

    =nma kta bansa dayak twk bgat amuk mata inginkan sesuatu sementra…nda ngruding pmsng bansa diri ,senang di kontrol ngau mta duit huh…Tukar mind set ktai nang knya agi..cuba ktai mkir bansa ktai dayak dia2 bangat mai tjorot dlm mlkukan anjakan paradigma ..dia2 dah 40 thun bansa ktai pgai Bn tp tetap sma ..ktai bc suara rakyat kuasa rakyat ba jari ktai dlm milih pemimpim rakyat…berunding mnh ktai dia2 ..politik wang hnya smtra ..ang mata ktai keliru lbn duit ktai bc perinsip aplikasikan dri ktai…hnya ktai ulh nulung bansa ktai..

Leave a Reply




Bad Behavior has blocked 1288 access attempts in the last 7 days.