Belia muda BA rela menyokong PKR daripada BN

Posted by: Graduan Lemanak Terpinggir

Golongan belia @ muda terutama yang berpekerjaan atau berpendidikan tinggi adalah pengundi majoriti di kawasan Batang Ai dan menjadi ikutan @ rujukan kepada pengundi yang telah berusia. Kenapa kami belia muda kawasan Batang Ai lebih rela menyokong PKR daripada BN??

i. Bosan dengan janji kerajaan

Salah satu foaktor yang paling utama yang saya lihat dan ketahui melalui perbincangan dengan rakan-rakan graduan di kawasan BA ialah janji kerajaan yang tidak serupa bikin.
Skim Tabung Usahawan Siswazah (TUS)

Seorang rakan saya (graduan dari universiti tempatan) memaklumkan bahawa setelah tamat pengajian, beliau ingin menyeru saranan kerajaan untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sesuai dengan pelbagai kemudahan pembiayaan yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan. Malah untuk tujuan itu, beliau telah pun mengikuti kursus asas keusahawanan Tabung Usahawan siswazah (TUS).

Bagaimana pun, setelah hampir satu (1) tahun permohonan skim TUS beliau melalui SME Bank permohonan beliau itu belum diluluskan atas pelbagai alasan yang mengarut..

Bukan itu sahaja, ramai lagi rakan-rakan lain yang telah membuat permohonan di pelbagai institusi kewangan namun ada sahaja sekatan yang menghalang kelulusan walau pun pemohon mempunyai kelayakan, pengetahuan atau kemahiran dalam bidang perusahaan yang ingin diceburi.

Tetapi setahu kami, rakan lain yang tinggal di kawasan bandar atau dari golongan berada sekarang lebih mudah mendapat pembiayaan tersebut berbanding kami yang ‘desperate’ utk mendapatkan bantuan tersebut kerana memang langsung tiada modal untuk memulakan perusahaan yang dirancang.

Mengapa kami menyokong PKR?

Adakah dengan menyokong PKR keadaan akan berubah? mungkin ini persoalan yang anda fikirkan. jawapannya “MUNGKIN !” . yang pasti kerajaan BN sekarang ini kami kategorikan sebagai gagal dan tidak bersungguh-sungguh dalam menjaga kebajikan kami golongan graduan. apa salahnya jika mencuba orang lain pula walau pun ada perubahan atau tidak belum dapat dipastikan algi. yang penting sekarang beri peluang kepada pihak lain (PKR) untuk menunjukkan prestasi mereka.

Bukan isu ini sahaja..banyak lagi faktor lain yang menyebabkan sokongan belia muda @ golongan berpendidikan di batang Ai, sarawak menyokong PKR. tunggu kupasan selanjutnya yang akan menyusul pada bila-bila masa !!

Popularity: 28% [?]

Related posts:

  1. Belia muda BA rela menyokong PKR daripada BN Posted by: Graduan Lemanak i. Bosan dengan janji kerajaan (hal...
  2. Setinggan di tanah sendiri Taken from Sarawak Update Dayakbaru: Change WE Must. We have...
  3. Orang Ulu tukar nama kepada Lun Daya Posted by: Jimmy Banyak soalan belum di jawab Saya ada...
  4. Minyak dan Politik Taken from The Malaysian Insider – (Datuk Zaid Ibrahim). Rais...
  5. Empangan di Sarawak nyatanya gagal memperbaiki keadaan hidup masyarakat yang terlibat. Posted by Charles Gau Salam hormat. Selamat pagi kepada tuan-tuan,...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments

17 Responses to “Belia muda BA rela menyokong PKR daripada BN”

  1. Pua KumbU on April 2nd, 2009 6:09 pm

    amat ku dik nya unggal…

    ukai penemu nuan siko nya… maioh kami setuju..

    baka telu manok udah segala penemu nuannya.. undi aja PKR

  2. bn on April 2nd, 2009 6:32 pm

    sedar lah.kalau tdak sekolah kerajaan….mana mungkin kitak dapat ke u pok…….

  3. bn on April 2nd, 2009 6:33 pm

    nadai dah ninga pkr naga sekula ka kitai iban d ulu sungai…..

  4. ClaudeTownKid on April 2nd, 2009 6:51 pm

    The voters of Batang Ai…

    Remember this :
    The Barisan Government has banned the use of word “Allah” by Christians and other non-Muslims.

    When the order to ban is done, where was JAbu? Where was James Masing…. Where was George Chan?

    All were silence, and obediently accepted ‘the MASTER UMNO -the Sarawak outsiders’

    For generations our people has been using the word Allah to worship the God…… And many probably are already now placed in heaven.” Now UMNO ordered us not to say Allah to worship our God!

    So people of Batang Ai…… you know what to do in the election- to send a right signal to the party which has been given half a century to govern this state, but performed ‘below par’

  5. rentap on April 2nd, 2009 6:53 pm

    apooooooooooooooooooooooooooooooooooooo, nadai ngeti bn, bukan duit bn untuk buat sekolah dan universiti, duit rakyat meh, bn suruh mengurus ajak.

  6. Seliong ak Wau on April 2nd, 2009 8:53 pm

    Here we go again…puzzling.

    Shall we go through the concept of “revenue and taxtion again?”

    No need lah, just read this again: “BN has money – PR talk only.”

  7. nembiak on April 2nd, 2009 9:20 pm

    nyukong penemu nuan nya unggal. Badu kitai rebak baru meri sukung membabi buta ngagi sida bn nya. Enti maya bepilih tauka beguna ka sukung kitai , ukai main jako sida pengari bn. Ta nadai utai enda ulih sida. Semua bn ka meri pembangunan ,,ko sida. Tang sida bn nya enda sedar ka semua nya duit rakyat. Asil cukai balak2 ba menua kitai dayak ka diambi.Sida bn ka betuai ka “matt mut” nya nadai bebendar ka ngemaju ka kitai dayak…laban takut ka kitai dayak maju lalu sida enda ulih control kitai. Ari nya bala kaban semua,,, mulai ari diattu berubah meh kitai. Sukung ka pengelantang ,,,undi PKR.

  8. Iban Politics United (IPU) on April 2nd, 2009 9:40 pm

    Nuju bn,

    sekolah kerajaan ukai enggi bn pok.sekolah kerajaan harta awam.

    harta awam reti ia reta semua rayat malaysia enda ngira bansa,agama,parti politik.

    bebida enggau bn.bn ianya parti politik.kumbai orang kuasa eksekutif.keja ia mentadbir,mengurus rayat&negara.

    kitai iban saru.pama sebut bn perintah meh nya.pama sebut perintah reti nya kitai enda tau masuk universiti perintah enti ngelaban bn.bala polis,cigu,tentera enda tau enda nyukung bn.enti enda nyukung bn reti nya ngelaban perintah.penemu tu salah!!!

    Kebetul???
    undang2 msia membenarkan baik nya polis,cigu tauka org keja swasta tau bepolitik.tang ukai ahli/member parti politik.janji resign dulu.udah resign ka ia bediri ngelaban perintah ‘goverment of the day’ tau meh.bedau resign enda tau aktif bepolitik chunto ia member/ahli majlis pbb.tang nuan still ulih ngundi.ngundi nya ni ko pemaiq diri.enti asai bn manah undi ko jaku undi bn,enti asai pakatan rayat undi sida.

    anang konfius.nadai perintah ke amat2 ba msia tu.bn perintah ko kitai ba sarawak.ba selangor,kedah,pulau pinang bn nyadi penyakal.

    pasal masuk u,di buai keja perintah enti ngelaban bn.nya semua bula magang.kena orang negap kita.menua malaysia tu bisi undang2.anang takut.

    bala towkey ke bulih lisin ari bn engka amat takut.laban enti bn alah org baru empai temu ka reniew kontrak sida.

    kitai rayat tu.alah,menang ka bn,tetap bisi peruntukan ba perintah.

    semina diatu kitai patut berunding milih parti tauka calon ke ulih mai pemansang agai bansa enggau menua kitai.TQ.

  9. Guntor on April 2nd, 2009 10:04 pm

    Pok bn,
    munyi jako ini enggau aki aku suba penemu bn nya,Tang diatu nadai ini enggau aki aku baka penemu ianya…..dah jauh advan “Change we Must cuu….cuu…” ko seduai ia.

  10. Unak Semambu on April 2nd, 2009 10:53 pm

    IPU,

    Unggal, udah terang amat saut nuan ngagai bn. Ari iya sengajar (banding jaku iya munyi ke ngemeli kediri) enda nemu nya ni ko iya. Arap ke iya nerima penerang ke dipadah nuan.

    ngarap ke urang bukai enti amat enda nemu bagi perintah & parti politik nitih ke disebut bn nya ulih mereti ke penerang diberi nuan unggal IPU.

  11. rungguensing on April 3rd, 2009 12:54 am

    how they get the money? oh ya..i paid my tax

  12. Ex-Head Masters Assct on April 3rd, 2009 6:56 am

    Sapa madah BN meri duit ngaga sekula? B.Apai iya.
    Sekarung lada apai indai kitai nyual ngagai luar negri, perintah nyabut cukai, setiap tin susu apai nuan meli kena nupi nuan besai, kitai mayar cukai, bedau kira hasil minyak, gas, kayu ti dijual ari tanah Sarawak …

    Amat paloi mensia tu, ari ni iya sekula suba? Ko urang Melayu, tu BABI BUTA

  13. tugungganya on April 3rd, 2009 8:25 am

    Nama kebuah aku anembiak baru enggai ke be end,
    laban polisi sida ia enda berubah ari suba.politik pembangunan keno,tang bepilih endur bepilih orang kemanah agi di kumbai pilih bulu.baka ko GLT tu tadi meh.

    KATAKAN XXXXX KPD BE END

  14. rantaipiko on April 3rd, 2009 8:28 am

    TO:rentap…
    amat ko nuan nyak ngall….enti nadai duit rakyat nama utai ulih gaga cda bn….
    perintah meli reta kena cda sedadu kena cda polis,reta kena peguna cda perintah nyak semua duit kitai rakyat….lapa ngau bala keda nyo bebeli ke bilun,bebeli ke kapal selam….enti nitih ke gaji cda ia,tancut cawat nyak aja meh ke ulih cda ia………….

  15. Igat Rengayong on April 3rd, 2009 10:58 am

    KA AMAT AMAT UTAI KA NUAN NYA RANTAI PIKO….RAKYAT BARU KAYA…….SEMUA UTAI TANGGUNG DIRI EMPU MAGANG…..TI KA FREE….ARAM KITAI NYADI YB…..LALU YB NYADI RAKYAT DALAM MASA SEBULAN…CUKUP MEH…..LAK NGASAI PENGIDUP NYADI RAKYAT KA DIATU….TANCUT CAWAT CAP CROCODILE BEDAU GERENTI NYA UNGGAL…

    NADAI…NGANU SESAPA ENDA MILIH YB PARTI NI-NI….KITA MAKAN CILI SEDIALAH TERIMA PEDASNYA….

  16. Nama Kiah on April 3rd, 2009 2:10 pm

    Waktu aku SPM:
    Di Semenanjung:
    Melayu got Grade 1: Dapat Biasiswa lanjutkan pelajaran ke luar negara.
    Grade 2 : Lanjutkan pelajaran in local U melalui matrikulasi (UTM,Mara,UPM)
    Grade 3 : Sambung Form 6.Dapat 2 principles masuk Universiti.
    Di Sarawak:
    Dayak got Grade 1 : Sambung Form 6. Dapat less than 5 principles, kerja di kopitiam tokeh Cina.
    Grade 2 dan 3 : Kerja di kopitiam tokeh Cina.
    Dayak Sarawak, dari segi apa-apa pun, lebih teruk dari Melayu layangan kerana mereka kena rebut tempat dengan Melayu ikut kuota Bumiputera.

    Sekurang-kurang Cina dan India lebih baik.

    Kasihan Dayak.

    Dayak people are very kind and naive and easily being manupulated by the RICH.

    I am not Dayak, but, when I see Dayaks who scored grade 2 SPM and working in kopitiam, sometimes, I bring red bean bun for them.

    This is the time to change, my dayak brothers/sisters.Vote PKR – Cubalah.

  17. Graduan Lemanak on April 3rd, 2009 2:28 pm

    Belia muda BA rela menyokong PKR daripada BN

    i. Bosan dengan janji kerajaan
    (hal tu udah ulas ku)

    ii. Tanah saya sudah ‘terbang’

    tentang janji ‘madu’ kerajaan Bn sudah saya cerita. Sekarang saya mahu cerita pasal tanah pula walaupun tanah yang akan saya maksudkan ni mungkin bukan milik ku lagu. Tanah itu di kawasan lemanak sini. Dahulu tanah itu memang milik aki saya. Milik keluarga saya.Tapi sekarang saya sendiri tidak tahu tanah itu masih milik keluarga saya atau tidak. Kemungkinan terpaling besar, tanah itu sudah dimiliki kerabat Haji Jabu.

    Macam ni ceritanya, tanah itu telah di’ambil’ oleh pihak SALCRA untuk tanaman kelapa sawit. Luas keseluruhan kawasan itu menurut tuai rumah kami sekarang adalah dalam angka ribu ekar. Luas sebenar tidak pernah diketahui. SALCRA tidak pernah beri ‘map’ sebenar kawasan tersebut. Yang pelik lagi SALCRA masa tu hanya minta tandatangan tuai rumah lama kami (sudah lama ‘nadai’) seorang sahaja bagi mewakili keseluruhan rumah panjang. Ni bukan trading kuih pisang bro! bukan trading tekuyung! Ni pasal tanah! Apa sebab itu macam? Sebab majoriti pemilik tanah tersebut kurang bersetuju dengan rancangan SALCRA itu. Jadi untuk meneruskan juga rancangan SALCRA itu SALCRA pun cari la ’kambing hitam’ iaitu tuai rumah tersebut. Jadi, kalau ada apa2 tuntutan dari pemilik sebenar tanah tersebut apa yang SALCRA cakap? Tanya tuai rumah kamu.. dia yang sain bagi pihak kamu.. bijak juga kepala hotak salcra @ jabu ni ya?

    Berbalik kepada cerita tanah tadi, tanah itu kini tidak ekonomik lagi. Sawit salcra dulu pun sudah kerepot macam jabu. Sudah lebih 5 tahun terbiar begitu sahaja tanpa pulangan selepas habis 1 pusingan (30 thn). Bagaimana pun, kami pemilik asal tanah tersebut masih tidak dibenarkan membuka tanah tersebut sama ada tanaman semula secara persendirian atau untuk apa-apa tujuan lain kerana tidak dibenarkan oleh SALCRA. Apa sebab? Menurut salcra, tanah itu akan ditanam semula oleh pihak salcra dengan sawit.. itu lebih 5 tahun dulu.. sampai sekarang haprak (habuk pun tarak). Kalau lah saya tanam kacang panjang ka, mentekai ka, peria ka di tanah tu mungkin ada sedikit pulangan yang saya dapat.. jadi kaya berbilion ringgit mcm jabu dapat dari untung sawit kitai nadai la tang cukup untuk beli garam, insap, minyak makai mungkin ada.

    2 bulan lepas, wakil salcra datang ke rmh pjg kami untuk maklumkan bahawa salcra mahu masuk segera buat replanting ke kawasan kami tapi saya nasihatkan tuai rumah supaya kali ini buat perjanjian hitam putih dahulu dengan salcra baru benarkan mereka masuk semula ke kawasan kami. Buat kontrak yang lengkap dan tandatangan di hadapan peguam. Saya nasihatkan tuai rmh minta draf perjanjian kontrak dr salcra, ambil draf itu utk dibincangkn dalam randau jkkk rmh pjg, bincang setiap butiran dan ambil keputusan secara bersama. Buat draf pindaan syarat bagi mana-mana bahagian yang perlu dan setelah itu bincang semula dgn salcra terutama bahagian yang perlukan pindaan demi kepentingan peserta (pemilik). Itu yang kami mahu tapi apa yang salcra mahu? Salcra mahu proses cepat iaitu mereka sediakan perjanjian (tidak payah komen2, randau2, ubah2), sain terus oleh peserta dan tunggu komisen walau pun perjanjian itu mungkin menindas pihak peserta sepertimana yang berlaku lebih 30 tahun ni. Jangan mimpi la pasal kepentingan peserta. Saya rasa tiada dalam kamus salcra di kawasan kami ini. Komisen setahun lebih kurang RM 100 ja seorg. Malah pernah sekitar RM50 ja seorg. sekali lg, itu komisen utk satu (1) tahun bagi peserta berjumlah sekitar 70 orang yang setiap orang melaburkan aset 25-50 ekar tanah seorang kepada salcra. Patut atau tidak patut ??

    Oh ya, lupa sebut.. perjanjian keterubah lama suba dulu kelia pun sampai sekarang kami di rumah panjang tidak dibenarkan menyimpan atau memiliki atau melihat atau menjeling kepada isi kandungan dalam perjanjian itu. Satu orang pun tiada termasuklah tuai rumah sendiri. Betul kata DSAI, masih ada undang2 rimba @ rimau di zaman moden ini. Tanpa dkumen perjanjian itu kami pun tidak dapat buat apa2? Mau tuntut hak komisen, mau tuntut pala tanah, mau tuntut apa2 pun tidak dapat sebab tiada asas/dokumen. Mau tuntut komisen kami tidak tahu berapa komisen yang dipersetujui dalam dokumen itu. Mau tuntut pala tanah kami tidak tahu ada tidak perkara tu dipersetujui dalam perjanjian dulu. Itu sebab kami cerewet sekarang. Tidak mahu tanah kami terus diperlakukan seperti hak milik mutlak salcra/ kerajaan bn. Tapi apa jawapan salcra kepada kami ? ”kamu ni menolak pembangunan ! kamu ni melawan kerajaan !”. bukan melawan kerajaan, bukan menolak pembangunan, Cuma kami tidak mahu gara2 terdesak mahukan pembangunan kepentingan/ hak jangka panjang kami tergadai! Itu saja! Bercakap pasal pembangunan, siapa tidak mahu pembangunan? Siapa tidak mahu pemansang? Semua orang mahu! Semua orang suka ! bodoh betul!

    Pernah saya hantar surat kepada dato vasco meminta dokumen perjanjian dulu (dilampirkan dibawah) tapi surat cinta saya itu tidak berbalas sekali. Lepas tu saya habiskan duit hasil bejual upa lali untuk telfon ofis dato vasco tapi respon mereka adalah antara perkara paling menyedihkan dalam hidup saya. Orang lelaki yang sambut telpon di ofis dato vasco tu bercakap seperti tuhan. Dia tentukan segalanya. Dia memberitahu ”kamu tunggu saja la, kalau dato vasco mahu bagi, ada la. tapi kalau dia tidak mahu bagi, tiada la” saya tidak pernah lupa jawapan itu dan jawapan vasco pasti ’tidak’ kerana sampai sekarang kami langsung tidak mendapat dokumen itu. Helo salcra..helo jabu.. kami bukan minta sedekah sama kamu, kami bukan minta beras kamu. Kami hanya tuntut hak kami yang sepatutnya kami dapat. Kami sebagai peserta tidak boleh kah memiliki dokumen itu? Apa yang kamu takut sangat? Takut apa yang terkandung dalam dokumen itu terbongkar? Jangan2 tanah kami tu sudah dijual, sudah atas nama orang lain. Mungkin itu yang salcra takutkan.

    Berbalik semula kepada tanah kami sekarang yang ’terbengkalai’ gara2 salcra. Kami merancang untuk menanam semula sawit atas tanah tu secara persendirian without salcra menggunakan skim tanaman semula kelapa sawit (TASKS) melalui bank pertanian tetapi salah satu syarat skim itu ialah kawasan itu mestilah mempunyai pala tanah. Disitu kami kena blok. Mana mau dapat pala tanah? Salcra selepas 1 pusingan tanaman sawit di tanah kami tiada bagi kami pala tanah. Kalau pala tanah itu ada, kami layak dapat skim itu. Kalau sudah dapat skim itu, kami dapat kawasan sawit milik sendiri. Kalau sudah ada sawit milik sendiri, ada buah sawit untuk dijual.kalau ada jual buah sawit, duit ada mari la. Duit bisi mari, hidup pun ada sikit sinang la.. tapi ini salcra bikin kami tidak sinang la. Itu salcra lepas ambil semua untung dari sawit kami masih lagi tidak kesian sama kami. Salah! bukan kesian, masih lagi tidak mau pulangkan hak kami. Itu baru ayat yang betul!

    Jadi sekarang kami masih tidak dapat berbuat apa2 ke atas tanah adat kami sendiri kerana diperlakukan oleh salcra yang berboskan jabu tu. Dibuat oleh jabu seperti harta dia sendiri dan bukan seperti hak kami.

    TANAH SAYA SUDAH TERBANG !!
    TANAH SAYA SUDAH HILANG !!
    HAK SAYA SUDAH TERBANG !!
    HAK SAYA SUDAH HILANG !!

    Saya pasti bukan di kawasan saya sahaja yang mengalami perkara seperti ini. Saya tahu banyak kawasan lain. Jadi kepada kawan2 senasib dengan kami ini, ambil la peluang pilihanraya ini untuk memberi serang balas kepada jabu, taib dan kroni2 mereka yang merogol tanah kita. Kita nafikan calon yang diwakili oleh jabu. Kita tolak BN. Tolak bn bermakna tolak jabu jg. Jadi, untuk tolak bn satu sj caranya iaitu sokong PKR. Vote for PKR! VOTE for JAWAH GERANG !! lets make the BN hilang sepertimana mereka hilangkan hak kita ke atas tanah adat kita.

    Ada saya tengok d TV baru2 ni orang rumah panjang puji salcra sebab bagi salcra ni secara konsisten bagi mereka komisen hasil jualan buah sawit. Betul! Sy pun setuju tapi dalam 100 buah rmh pjg.. mungkin 2-3 buah shj yg dapat layanan seperti itu. Mungkin ada saudara mara jabu di rh tu. Rmh2 yg selebihnya.. minta maap saja la. Dapat nasib seperti di kawasan kami.

    Jadi utk kasi angkat imej jabu @ syarikat milik mutlaknya iaitu salcra, intebiu la org dr rmh pjg bertuah td tu. Tp org luar yg tengok & dengar d tv beranggapan ulasan itu mewakili kesemua kawasan yg dijajah oleh salcra. Bijak kau jabu! Salute spring sama kamu! Tapi kita tengok sampai mana akan bertahan. Kita manusia bagaikan matahari ada masa terbit dan masa terbenam. Cuma tunggu masa saja.

    Lepas PKR menang, kita melalui PKR buat tuntutan besar2an berkenaan hak kita terhadap tanah adat kita. Kita ambil balik hak kita. Kita ambil balik tanah bersama pala tanah sekali yang tertera nama kita sebagai pemilik tanah itu.

    Ini adalah antara faktor kamu generasi muda. Golongan belia di batang ai sni menyokong PKR. Kerada melalui PKR kita dapat peluang kedua untuk mendapatkan semula tanah, hak kita yang dirampas oleh salcra. Kalau bukan kita, siapa lagi yang kita tunggu untuk menuntut semula tanah kita itu atau adakah kita lebih rela membiarkan tanah itu dipunyai oleh orang lain ?? fikir sendiri!

    Oh ya, kalau ada yang mahu maki hamun saya secara peribadi saya alu-alukan maki hamun anda itu ke emel saya graduanlemanak@gmail.com .saya akan gembira membacanya.

    Oh ya sebelum saya akhiri warkah usang ini izinkan saya berpantun dulu.ok? he

    Ensem amai Michael Ballack
    Ensem agi Haji Jabu
    Mayuh2 tanah ba menoa sarawak
    Tanah kitai ke empa jabu

    Yang ikhlas… Graduan Lemanak

    Ini surat yang pernah saya hantar kepada vasco:

    Tarikh : 27 Disember 2007

    Pengurus Besar
    Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA),
    Tingkat 1 dan 3, Bangunan PMC, Batu 10, Jalan Penrissen,
    93250 Kuching,
    Sarawak.

    Y.Bhg. Datuk,

    MEMOHON SALINAN PERJANJIAN PEMBANGUNAN KAWASAN LADANG KELAPA SAWIT ANTARA SALCRA-PENDUDUK RH. XXXX

    Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

    02. Berhubung dengan perkara tersebut, saya sebagai salah seorang waris kepada pemilik tanah kawasan ladang kelapa sawit di Rh. XXXX Sri Aman memohon untuk mendapatkan satu salinan lengkap dokumen perjanjian yang telah dipersetujui antara pihak SALCRA dengan penduduk Rh. XXXX berkenaan pembangunan tanah untuk tujuan tanaman kelapa sawit di kampung kami.

    03. Ini kerana, setahu saya kami tidak pernah memiliki atau menyimpan dokumen tersebut sejak kawasan ladang kelapa sawit di kampung kami mula diusahakan oleh pihak SALCRA kira-kira 30 tahun lepas dan kini sepatutnya telah tamat tempoh kontrak.

    04. Ini mencetuskan kepada pelbagai spekulasi berhubung butiran sebenar yang termaktub dalam perjanjian tersebut. Diharap dengan cara ini maka kami akan lebih jelas berhubung kandungan sebenar dalam dokumen tersebut.

    05. Saya juga ingin memohon penjelasan daripada pihak Y.Bhg. Datuk berkenaan geran tanah di kawasan ladang tersebut yang dijanjikan oleh pihak SALCRA semasa membangunkan kawasan ladang tersebut dahulu.

    06. Dokumen tersebut boleh dihantar di alamat XXXX 95800 Engkilili. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, saya boleh dihubungi di no telefon 013-252 11xx.

    Perhatian dan tindakan lanjut daripada pihak Y.Bhg. Datuk berkenaan hal ini didahului dengan ribuan ucapan terima kasih. Sekian.

    (signed)
    …………..

    s.k. -Fail

Leave a Reply




Bad Behavior has blocked 1273 access attempts in the last 7 days.