Belia muda BA rela menyokong PKR daripada BN

Posted by: Graduan Lemanak

i. Bosan dengan janji kerajaan
(hal tu udah ulas ku)

ii. Tanah saya sudah ‘terbang’

Tanah Di Sarawak

tentang janji ‘madu’ kerajaan Bn sudah saya cerita. Sekarang saya mahu cerita pasal tanah pula walaupun tanah yang akan saya maksudkan ni mungkin bukan milik ku lagu. Tanah itu di kawasan lemanak sini. Dahulu tanah itu memang milik aki saya. Milik keluarga saya.Tapi sekarang saya sendiri tidak tahu tanah itu masih milik keluarga saya atau tidak. Kemungkinan terpaling besar, tanah itu sudah dimiliki kerabat Haji Jabu.

SALCRA ambil tanah

Macam ni ceritanya, tanah itu telah di’ambil’ oleh pihak SALCRA untuk tanaman kelapa sawit. Luas keseluruhan kawasan itu menurut tuai rumah kami sekarang adalah dalam angka ribu ekar. Luas sebenar tidak pernah diketahui.

SALCRA tidak pernah beri ‘map’ sebenar kawasan tersebut. Yang pelik lagi SALCRA masa tu hanya minta tandatangan tuai rumah lama kami (sudah lama ‘nadai’) seorang sahaja bagi mewakili keseluruhan rumah panjang.

Ni bukan trading kuih pisang bro! bukan trading tekuyung! Ni pasal tanah! Apa sebab itu macam? Sebab majoriti pemilik tanah tersebut kurang bersetuju dengan rancangan SALCRA itu.

SALCRA CARI KAMBING HITAM

Jadi untuk meneruskan juga rancangan SALCRA itu SALCRA pun cari la ‘kambing hitam’ iaitu tuai rumah tersebut. Jadi, kalau ada apa2 tuntutan dari pemilik sebenar tanah tersebut apa yang SALCRA cakap? Tanya tuai rumah kamu.. dia yang sain bagi pihak kamu.. bijak juga kepala hotak salcra @ jabu ni ya?

Kami kami terbiar oleh SALCRA

Berbalik kepada cerita tanah tadi, tanah itu kini tidak ekonomik lagi. Sawit salcra dulu pun sudah kerepot macam jabu. Sudah lebih 5 tahun terbiar begitu sahaja tanpa pulangan selepas habis 1 pusingan (30 thn).

Bagaimana pun, kami pemilik asal tanah tersebut masih tidak dibenarkan membuka tanah tersebut sama ada tanaman semula secara persendirian atau untuk apa-apa tujuan lain kerana tidak dibenarkan oleh SALCRA.

Apa sebab?

Menurut salcra, tanah itu akan ditanam semula oleh pihak salcra dengan sawit.. itu lebih 5 tahun dulu.. sampai sekarang haprak (habuk pun tarak). Kalau lah saya tanam kacang panjang ka, mentekai ka, peria ka di tanah tu mungkin ada sedikit pulangan yang saya dapat.. jadi kaya berbilion ringgit macam jabu dapat dari untung sawit kitai nadai la tang cukup untuk beli garam, insap, minyak makai mungkin ada.

2 bulan lepas

wakil salcra datang ke rumah panjang kami untuk maklumkan bahawa salcra mahu masuk segera buat replanting ke kawasan kami tapi saya nasihatkan tuai rumah supaya kali ini buat perjanjian hitam putih dahulu dengan salcra baru benarkan mereka masuk semula ke kawasan kami.

Buat kontrak yang lengkap dan tandatangan di hadapan peguam.

Saya nasihatkan tuai rumah minta draf perjanjian kontrak dari salcra, ambil draf itu untuk dibincangkn dalam randau jkkk rumah panjang, bincang setiap butiran dan ambil keputusan secara bersama.

Buat draf pindaan syarat bagi mana-mana bahagian yang perlu dan setelah itu bincang semula dgn salcra terutama bahagian yang perlukan pindaan demi kepentingan peserta (pemilik). Itu yang kami mahu tapi apa yang salcra mahu?

Salcra mahu proses cepat

Salcra mahu proses cepat iaitu mereka sediakan perjanjian (tidak payah komen2, randau2, ubah2), sain terus oleh peserta dan tunggu komisen walau pun perjanjian itu mungkin menindas pihak peserta sepertimana yang berlaku lebih 30 tahun ni.

Jangan mimpi la pasal kepentingan peserta. Saya rasa tiada dalam kamus salcra di kawasan kami ini. Komisen setahun lebih kurang RM 100 ja seorang. Malah pernah sekitar RM50 ja seorang.

Sekali lagi, itu komisen untuk satu (1) tahun bagi peserta berjumlah sekitar 70 orang yang setiap orang melaburkan aset 25-50 ekar tanah seorang kepada salcra. Patut atau tidak patut ??

Perjanjian dahulu

Oh ya, lupa sebut.. perjanjian keterubah lama suba dulu kelia pun sampai sekarang kami di rumah panjang tidak dibenarkan menyimpan atau memiliki atau melihat atau menjeling kepada isi kandungan dalam perjanjian itu. Satu orang pun tiada termasuklah tuai rumah sendiri.

Betul kata DSAI

Masih ada undang2 rimba @ rimau di zaman moden ini. Tanpa dkumen perjanjian itu kami pun tidak dapat buat apa2? Mau tuntut hak komisen, mau tuntut pala tanah, mau tuntut apa2 pun tidak dapat sebab tiada asas/dokumen.

Mau tuntut komisen kami tidak tahu berapa komisen yang dipersetujui dalam dokumen itu. Mau tuntut pala tanah kami tidak tahu ada tidak perkara tu dipersetujui dalam perjanjian dulu. Itu sebab kami cerewet sekarang. Tidak mahu tanah kami terus diperlakukan seperti hak milik mutlak salcra/ kerajaan bn.

Tapi apa jawapan salcra kepada kami ?

“kamu ni menolak pembangunan ! kamu ni melawan kerajaan !”.

Bukan melawan kerajaan, bukan menolak pembangunan, Cuma kami tidak mahu gara2 terdesak mahukan pembangunan kepentingan/ hak jangka panjang kami tergadai! Itu saja! Bercakap pasal pembangunan, siapa tidak mahu pembangunan? Siapa tidak mahu pemansang? Semua orang mahu! Semua orang suka ! bodoh betul!

Surat Kepada Datuk Vasco

Pernah saya hantar surat kepada Dato Vasco meminta dokumen perjanjian dulu (dilampirkan dibawah) tapi surat cinta saya itu tidak berbalas sekali.

Lepas tu saya habiskan duit hasil bejual upa lali untuk telfon ofis Dato Vasco tapi respon mereka adalah antara perkara paling menyedihkan dalam hidup saya.

Orang lelaki yang sambut telipon di ofis Dato Vasco tu bercakap seperti tuhan. Dia tentukan segalanya. Dia memberitahu “kamu tunggu saja la, kalau Dato Vasco mahu bagi, ada la. Tapi kalau dia tidak mahu bagi, tiada la”.

Saya tidak pernah lupa jawapan itu dan jawapan Vasco pasti ‘tidak’ kerana sampai sekarang kami langsung tidak mendapat dokumen itu.

Helo salcra..helo jabu..

kami bukan minta sedekah sama kamu, kami bukan minta beras kamu. Kami hanya tuntut hak kami yang sepatutnya kami dapat. Kami sebagai peserta tidak boleh kah memiliki dokumen itu? Apa yang kamu takut sangat? Takut apa yang terkandung dalam dokumen itu terbongkar? Jangan2 tanah kami tu sudah dijual, sudah atas nama orang lain. Mungkin itu yang salcra takutkan.

Berbalik semula kepada tanah kami sekarang yang ‘terbengkalai’ gara2 salcra.

Kami merancang untuk menanam semula sawit atas tanah tu secara persendirian without salcra menggunakan skim tanaman semula kelapa sawit (TASKS) melalui bank pertanian tetapi salah satu syarat skim itu ialah kawasan itu mestilah mempunyai pala tanah.

Disitu kami kena blok.

Mana mau dapat pala tanah? Salcra selepas 1 pusingan tanaman sawit di tanah kami tiada bagi kami pala tanah. Kalau pala tanah itu ada, kami layak dapat skim itu. Kalau sudah dapat skim itu, kami dapat kawasan sawit milik sendiri.

Kalau sudah ada sawit milik sendiri, ada buah sawit untuk dijual.kalau ada jual buah sawit, duit ada mari la. Duit bisi mari, hidup pun ada sikit sinang la.. tapi ini salcra bikin kami tidak sinang la. Itu salcra lepas ambil semua untung dari sawit kami masih lagi tidak kesian sama kami. Salah! bukan kesian, masih lagi tidak mau pulangkan hak kami. Itu baru ayat yang betul!

Jadi sekarang kami masih tidak dapat berbuat apa2 ke atas tanah adat kami sendiri:

kerana diperlakukan oleh salcra yang berboskan jabu tu. Dibuat oleh jabu seperti harta dia sendiri dan bukan seperti hak kami.

TANAH SAYA SUDAH TERBANG !!
TANAH SAYA SUDAH HILANG !!
HAK SAYA SUDAH TERBANG !!
HAK SAYA SUDAH HILANG !!

Serang Balas

Saya pasti bukan di kawasan saya sahaja yang mengalami perkara seperti ini. Saya tahu banyak kawasan lain. Jadi kepada kawan2 senasib dengan kami ini, ambil la peluang pilihanraya ini untuk memberi serang balas kepada jabu, taib dan kroni2 mereka yang merogol tanah kita. Kita nafikan calon yang diwakili oleh jabu.

Kita tolak BN.

Tolak bn bermakna tolak jabu jg. Jadi, untuk tolak bn satu sj caranya iaitu sokong PKR. Vote for PKR! VOTE for JAWAH GERANG !! lets make the BN hilang sepertimana mereka hilangkan hak kita ke atas tanah adat kita.

Siaran dalam TV

Ada saya tengok d TV baru2 ni orang rumah panjang puji salcra sebab bagi salcra ni secara konsisten bagi mereka komisen hasil jualan buah sawit. Betul! Saya pun setuju tapi dalam 100 buah rmh panjang.. mungkin 2-3 buah sahaja yg dapat layanan seperti itu. Mungkin ada saudara mara jabu di rumah tu. Rumah2 yg selebihnya.. minta maap saja la. Dapat nasib seperti di kawasan kami.

Jadi untuk kasi angkat imej jabu @ syarikat milik mutlaknya iaitu salcra, intebiu la org dari rumah panjang bertuah tadi tu. Tapi orang luar yang tengok & dengar d tv beranggapan ulasan itu mewakili kesemua kawasan yg dijajah oleh salcra.

Bijak kau jabu! Salute spring sama kamu! Tapi kita tengok sampai mana akan bertahan. Kita manusia bagaikan matahari ada masa terbit dan masa terbenam. Cuma tunggu masa saja.

Lepas PKR menang

kita melalui PKR buat tuntutan besar2an berkenaan hak kita terhadap tanah adat kita. Kita ambil balik hak kita. Kita ambil balik tanah bersama pala tanah sekali yang tertera nama kita sebagai pemilik tanah itu.

Ini adalah antara faktor kamu generasi muda.

Golongan belia di batang ai sini menyokong PKR.

Kerada melalui PKR kita dapat peluang kedua untuk mendapatkan semula tanah, hak kita yang dirampas oleh salcra. Kalau bukan kita, siapa lagi yang kita tunggu untuk menuntut semula tanah kita itu atau adakah kita lebih rela membiarkan tanah itu dipunyai oleh orang lain ?? fikir sendiri!

Oh ya, kalau ada yang mahu maki hamun saya secara peribadi saya alu-alukan maki hamun anda itu ke emel saya graduanlemanak@gmail.com .saya akan gembira membacanya.

Oh ya sebelum saya akhiri warkah usang ini izinkan saya berpantun dulu.ok? he

Ensem amai Michael Ballack
Ensem agi Haji Jabu
Mayuh2 tanah ba menoa sarawak
Tanah kitai ke empa jabu

Yang ikhlas… Graduan Lemanak

Ini surat yang pernah saya hantar kepada Dato Vasco:

Tarikh : 27 Disember 2007

Pengurus Besar
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA),
Tingkat 1 dan 3, Bangunan PMC, Batu 10, Jalan Penrissen,
93250 Kuching,
Sarawak.

Y.Bhg. Datuk,

MEMOHON SALINAN PERJANJIAN PEMBANGUNAN KAWASAN LADANG KELAPA SAWIT ANTARA SALCRA-PENDUDUK RH. XXXX

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

02. Berhubung dengan perkara tersebut, saya sebagai salah seorang waris kepada pemilik tanah kawasan ladang kelapa sawit di Rh. XXXX Sri Aman memohon untuk mendapatkan satu salinan lengkap dokumen perjanjian yang telah dipersetujui antara pihak SALCRA dengan penduduk Rh. XXXX berkenaan pembangunan tanah untuk tujuan tanaman kelapa sawit di kampung kami.

03. Ini kerana, setahu saya kami tidak pernah memiliki atau menyimpan dokumen tersebut sejak kawasan ladang kelapa sawit di kampung kami mula diusahakan oleh pihak SALCRA kira-kira 30 tahun lepas dan kini sepatutnya telah tamat tempoh kontrak.

04. Ini mencetuskan kepada pelbagai spekulasi berhubung butiran sebenar yang termaktub dalam perjanjian tersebut. Diharap dengan cara ini maka kami akan lebih jelas berhubung kandungan sebenar dalam dokumen tersebut.

05. Saya juga ingin memohon penjelasan daripada pihak Y.Bhg. Datuk berkenaan geran tanah di kawasan ladang tersebut yang dijanjikan oleh pihak SALCRA semasa membangunkan kawasan ladang tersebut dahulu.

06. Dokumen tersebut boleh dihantar di alamat XXXX 95800 Engkilili. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, saya boleh dihubungi di no telefon 013-252 11xx.

Perhatian dan tindakan lanjut daripada pihak Y.Bhg. Datuk berkenaan hal ini didahului dengan ribuan ucapan terima kasih. Sekian.

(signed)

Popularity: 45% [?]

Related posts:

  1. Setinggan di tanah sendiri Taken from Sarawak Update Dayakbaru: Change WE Must. We have...
  2. RUMAH ORANG IBAN SARAWAK TUTUP PINTU BUAT PKR Posted by ugahchua Rumah Mau Penduduk dari Rumah Mau anak...
  3. Empangan di Sarawak nyatanya gagal memperbaiki keadaan hidup masyarakat yang terlibat. Posted by Charles Gau Salam hormat. Selamat pagi kepada tuan-tuan,...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments

4 Responses to “Belia muda BA rela menyokong PKR daripada BN”

  1. Tudip on April 3rd, 2009 7:52 pm

    Kick the fella who cheat you.

  2. Manuk Sabung America on April 3rd, 2009 9:05 pm

    Trust no BN…

  3. menantu sarawak on April 3rd, 2009 9:45 pm

    - Tumbangkan BN
    - Dakwa pemimpin korup
    - Rampas kembali hak rakyat
    - Lucutkan kerakyatan mereka dan kroni
    - Biar mereka rasa kesengsaraan hidup rakyat

  4. educatedasap on April 4th, 2009 8:46 am

    brother i am fully agreed what have you said. Thats is what exactly happen in Sg Asap resttlement scheme in Bakun.The BN Govern now said if you didn’t signed the agreement your 70& compensation will be not be paid to you. itu taktik BN guna. Kesian lah si tua yang tak tahu apa2 ni . dia pun sign lah.bila sudah pindah duit pamapasan pun tak dibayar, diam lah pula dlm rumah baru jenama James masing, belum pun sempat duduk ada sudah kayu yang reput. selepas itu semua penduduk kena bayar RM 52,ooo untuk satu bilik. Saya memang betul2 sakit hati dgn cara BN. kalau ada pun orang sokong BN hanya mungkin yg komplot saja , rakyat pada hakikatnya yang menderita.

Leave a Reply




Bad Behavior has blocked 958 access attempts in the last 7 days.