BN Sarawak tidak perihatin sama sekali

Posted by Jimmy A

Rakyat Sarawak menentang project2 Hydro

Aku tu Setuju 100% yukong bala Penan & Orang Ulu mantah/Tidak setujuh dengan HEP Project Hydro Murun,Belaga & HEP Hydro Project Baram yang sedang & akan dijalankan untk menengelamkan/ merosakkan Alam semula jadi(Flora/ fona/ hutan/ binatang/ikan etc) dan akan menghapuskan tanah adat/temuda(NCR Land) orang Asal(Dayak)buat selama lamanya.

Tidak ada pampasan

Masalah kedua mereka Orang Penan dan Orang Ulu terbabit tidak akan dapat pembayaran pampasan yang sewajarnya/pampasan tidak setimpar seperti apa yang sudah terjadi sebelum ini.Perpindahan tersebut akan menyusahkan orang 2x tempatan terbabit yang akan berpindah dan kehilangan peninggalan Sejarah tempat asal mereka buat selama lamanya.

Masalah sosial tidak di kawal oleh kerjaan BN

Masalah ketiga ialah ia akan membawa masalah sosial dan masalah baru kepada penduduk terbabit seperti perselisihan keluarga, dengki dan membenci, bergaduh/ berkelahi/ tipu menipu diantara individu dan keluarga yang membawa kepada perpecahan keluarga dan mementingkan diri individualistict kerana masalah pembahagian/ perkongsian pampasan rumah/ bilik dan tanah adat/ temuda NCR land diantara mereka yang layak dan tak layak kerana semua mereka yang terbabit secara langsung dan tak langsung akan menjadi mangsa keadaan Projek Pembangunan HEP Dam tersebut yang menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan peribadi saja dan mereka yang berani menipu/berbohong dan mereka yang melakukan Rasuah dapat pampasan lumayan diluar jangkaan(sepert durian runtuh/nasib/peluang bagi mereka)seperti apa yang terjadi oleh kerana Empangan Hydro HEP Bakun Dam,Belaga dan HEP Dam Batang Ai di Lubuk Antu. Yang rugi adalah rakyat biasa yang tak pandai menipu/tak pandai merasuah kerana Iman dan kepercayaan takut kepada Tuhan.

Kisah sebenar hidup di sebabkan oleh Project Bakun

Saya dan keluarga saya adalah kesaksian hidup contoh dan mangsa Project Empangan HEP Dam Bakun Belaga yang lalu ingin menceritakan hal/kisah sebenar apa yang terjadi selama ini. Saya sangat menyesal seumur hidup dan sangat merugikan buat selamanya kerana jadi mangsa Project Empangan HEP Dam Bakun, Belaga yang tidak dihiraukan/ tidak dipedulikan/ tidak dibela oleh Pemimpin Kerajaan BN Ketua Menteri Pehinsri Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Malaysia,Wakil Rakyat(YB/MP/Senator) tutup mata/pekak/buat tak tahu masalah kami selama ini.

Kerajaan BN tidak adil

Pertama masalahnya kami tidak cukup pampasan diterima/ pampasan yang tidak adil oleh Kerajaan BN. Seperti contohnya Pampasan Perpindahan kami dari tempat asal iaitu Long Jawe,Belaga hanya diberi RM2000.00 lebih untuk satu bilik saja. Keluarga saya dan keluarga adik saya (sudah berkeluarga dan ada anak masa itu) kongsi hidup dibawah satu bumbung(Bikik/rumah) yang direjister dibawah nama ibu bapa kami. Jadi Pampasan Perpindahan tersebut hanya cukup untuk bayar Kos perjalanan dari tempat asal dan selebihnya sedikit yang tinggal hanya cukup untuk perbelanjaan sementara ibu bapa kami. Masalahnya keluarga saya dan keluarga adik saya tak ada terima apa 2x pampasan yang patut/sewajarnya dan tidak adil bagi keluarga kami yang terlibat secara langsung oleh kerana Perpindahan Project Empangan HEP Dam Bakun,Belaga.

Kerajaan buat masalah lepas itu tidak tolong kami

Cara hidup orang Ulu biasanya hidup dibawa satu bumbung(bilik/rumah) dalam keluarga yang besar/ramai(2-4 keluarga dengan mereka yang masih bujang) Ada keluarga yang mampu dari segi kewangan dapat buat/mendirikan rumah sendiri( 1 bilik/1 keluarga) kerana Kos membuat rumah/1 bilik menelan belanja sekurang 2xnya (RM1000.00-RM5000.00-RM 10000.0 lebih) Mereka yang tak mampu dan ada masalah kewangan seperti keluarga kami macam mana nak buat rumah/ bilik? Mengapa kerajaan tidak ada cara tolong kami buat bilik/rumah di tempat kampong asal kami jika begitu syaratnya demikian supaya kami layak diterima pamsanan Perpindahan dan supaya layak/ ada diberi bilik dan tanah di Penempatan Baru Sg. Asap & Sg. Koyan,Belaga.

Masalahnya sekarang kami yang ada keluarga yang tiada bilik

(kongsi bilik)ditempat kampong asal juga tiada bilik dan tiada diberi tanah di Penempatan baru Sg. Asap dan Sg. Koyan,Belaga terbiar begitu saja selama ini/tidak dipedulikan dan tiada tindakan positif yang dilakukan oleh Kerajaan BN untuk menyelesaikan masalah kami. Bukan saja kami tiada bilik/ tiada rumah dan ada yang mendirikan rumah haram di tanah reserve kerajaan akan dirobohkan bila bila masa saja. Kami yang tiada diberi tanah di Penempatan Baru Sg. Asap & Sg. Koyan,Belaga nak cukuk tanam/tanam kebun/ buah/ padi ditanam dimana?

Dimanakah janji 2x Kerajaan BN yang perihatin dan membela nasib Rakyatselama ini

Hanyalah janji kosong dan omong kosong bagi kami yang menjadi mangsa Kerajaan BN disebabkan Project Empangan Bakun HEP Dam Belaga dan begitu juga Batang Ai,Lubuk Antu yang masih belum selesai selama ini.

Masalah Pampasan yang kedua adalah berkenaan dengan Pampasan Tanah Adat/Temuda (NCR Land) yang tidak adil dan tidak setimpar dengan yang sepatutnya atau pun sebenarnya. Seperti contoh Keluarga kami dulu di Long Jawe Belaga tidak ada terima Pampasan tanah adat/temuda(NCR Land) walaupun keluarga kami ada lebih dari Sepuluh bidang tanah Adat/Temuda(NCR land) yang dikira 3- 8 ekar sebidang tanah kerana syaratnya adalah mesti ditanam dengan kebun Buah 2xhan atau pun Estate buah buahan saja yang layak menerima Pampasan Tanah Adat/Temuda(NCR Land).

Kami bukan tanam pokok buah saja – kami tanam padi bukit

Sebenarnya cara hidup kami Orang Ulu adalah tanam padi bukit dan hanya ditanam beberapa puluh batang pokok buah buahan saja. Jadi bagaimana nak claim Pampasan tanah Adat/Temuda(NCR land) keluarga kami terbengkalai/tiada cara lain.Pampasan RM0.00 bukan kerana kami tiada tanah adat/Temuda(NCR land) seperti kata YB Dr James Masing yang berbohong.

Kami yang jujur/beriman/tidak merasuah sangat rugilah tiada pampasan tanah adat/Temuda(NCR land) sepert tiada guna kerana tidak diberi Pampasan oleh Kerajaan BN. Yang keluarga saya terima hanyalah RM5000.00 saja daripada Pampasan Tanah Adat/Temuda(NCR land) daripada Community Kampong Lebu’Kulit setelah dibahagikan berdasarkan Keluarga dan individu ikut Grade. Persoalan saya jenis Pampasan Tanah Adat/Temuda (NCR land)apakah ini adil? atau satu penindasan dan pembohongan Kerajaan BN. Syarat 2x tersebut membuka ruang/peluang bagi orang tertentu yang berani menipu dan merasuah membuat tuntutan Pampasan Tanah Adat/Temuda(NCR land) beratus ratus ekar dan kebun buah 2xhan dan Estates Buah 2xhan yang beratus ratus ratus jenis pokok buah 2xhan yang tidak ujut dengan cara tidak jujur/ pembohongan dan meragukan. Yang jadi mangsa ialah kami yang jujur/beriman dan takut kepada Tuhan tidak menerima Pampasan Tanah Adat/Temuda (NCR Land) walaupun kami ada tanah ditempat kampong asal kami di Belaga.

Orang Ulu befikirlah dengan jujur hati

Dengan adanya kisah benar /cerita hidup saya ini saya tanya persoalan tersebut kepada mereka Orang Penan dan Orang Ulu di kawasan Empangan HEP Dam Murum dan Empangan HEP Dam Baram supaya berfikir dan jujur. Apakah kamu akan terima Pampasan yang adil dan sewajarnya kelak dan apakah janji janji Kerajaan BN itu dapat dipercayai.

Ramai miskin hidup kerana Bakun Dam

Mereka yang jadi mangsa keadaan adalah orang Penan dan Orang Ulu yang terbabit secara langsung dan tidak langsung terkena Project Empangan HEP Dam tersebut akan menyesal. Masalah masalah sosial yang lain bolehlah kamu tanya mereka orang ramai yang miskin hidup di Penempatan Sg. Asap dan Sg. Koyan, Belaga seperti keluarga saya.

Boleh hubungi saya- (email di bawah)

Kamu bolehlah menghubungi saya secara langsung ataupun berjumpa dengan saya secara peribadi supaya diceritakan masalah hal lain yang sebenarnya. E-mail : anye65@sreamyx.com dan Hp 013:8284523. Sekian Terima kasih dan harap dimaklumkan semua Rakyat Malaysia. Saya bukan disuruh oleh NGO ataupun bukan ahli Parti Pembangkang seperti kata Menteri BN dialang oleh orang lain.

Popularity: 26% [?]

Related posts:

  1. Empangan di Sarawak nyatanya gagal memperbaiki keadaan hidup masyarakat yang terlibat. Posted by Charles Gau Salam hormat. Selamat pagi kepada tuan-tuan,...
  2. Setinggan di tanah sendiri Taken from Sarawak Update Dayakbaru: Change WE Must. We have...
  3. Kisah Benar Mengapa Saya Benci BN Di Tulis Dayak Jihad Militant Di Bangku Sekolah 1.Semasa dibangku...
  4. Orang Ulu tukar nama kepada Lun Daya Posted by: Jimmy Banyak soalan belum di jawab Saya ada...
  5. Antara RM12 Juta di Lubok Antu dan Matlamat Perjuangan Dayak Seluruh Sarawak Posted by Long Kong Mee Segera Peruntukkan 12 juta oleh...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments

14 Responses to “BN Sarawak tidak perihatin sama sekali”

  1. KuncitMuncit on September 28th, 2009 8:58 am

    Jimmy A,

    Menurut ceritamu,jelas kerajaan BN,(dalam keghairahan ‘politik pembangunan’sambil memperkayakan diri)tidak prihatin terhadap kehidupan mereka yang terjejas olehnya.

    Kamu sekeluarga dan mangsa lain seperti kamu telah di ’short-changed’ atau diberi pampasan yang jauh kurang setimpal dengan kesenangan dan suasana kehidupan yang pernah kamu jalani.

    Kami bersimpati dengan kamu semua,yang telah sudi berkongsi pengelaman dengan rakyat lain yang juga merasakan diri mereka terbiar dan diinaia oleh kerajaan yang tidak adil dan saksama keatas segelintir rakyat dan bangsa pribumi negeri ini.

  2. ugahchua on September 28th, 2009 5:19 pm

    RUMAH ORANG IBAN SARAWAK TUTUP PINTU BUAT PKR

    Penduduk dari Rumah Mau anak Draman, Enteban Skrang dalam kawasan daerah kecil Engkilili, Sri Aman menolak hasrat pihak KeAdilan Pakatan Rakyat (PKR) yang mahu mengadakan perjumpaan bersama penduduk di situ kelmarin.

    Tr Mau (tengah), Bau (kiri) dan Rimong (kanan)
    “Sebelum itu pihak PKR ada mengadakan mesyuarat di Tr Irak, Merindun pada hari Sabtu lepas namun tidak mendapat sambutan mengalakkan daripada penduduk di rumah panjang itu sendiri.
    “Selepas itu mereka mahu mengadakan mesyuarat di sini kelmarin namun hasrat mereka saya tolak kerana tidak mahu ‘mengotorkan’ rumah panjang ini,” kata Tr Mau, 68, kepada pemberita di Sri Aman.

    PKR, kata Mau bercadang mahu menubuhkan pergerakan wanita di rumah Irak, Merindun.
    Rombongan PKR ke rumah Irak, Merindun dan Rumah Mau, Enteban itu diketuai oleh Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Pergerakan Wanita PKR, Hajah Zuraida Kamaruddin, Ketua Pergerakan Wanita PKR Sarawak, Ibi Uding, Ketua Pergerakan Wanita PKR Sarawak Lubok Antu, Agnes Chandu Daud dan Beginda Minda.

    Seorang penduduk rumah panjang berkenaan iaitu Bau anak Nyawai, 58, pula berkata bahawa kehadiran PKR tidak diperlukan oleh penduduk rumah panjang di situ buat masa sekarang.
    Ini kerana kerajaan yang diteraju oleh komponen Barisan Nasional (BN) menurut beliau telah melaksanakan tugas dengan baik untuk melaksana pelbagai projek pembangunan di kawasan mereka sehingga ke masa sekarang.

    Seorang lagi penduduk di situ iaitu Rimong anak Ajang, 39, tidak mahu PKR berkempen di rumah panjang mereka memandangkan beliau tidak pernah memberikan sokongan terhadap parti pembangkang berkenaan sebelum ini.

    “Penduduk di sini termasuk saya masih menyokong parti komponen BN. Jadi tidak perlulah pihak PKR bertandang ke rumah panjang kami di sini untuk menyebarkan ideologi politik mereka,” menurut beliau

  3. Reserved Player on September 29th, 2009 12:09 am

    Jadi Penyelesaian kepada ketidakperihatinan mereka ada:

    VOTE THEM OUT IN NEXT YEAR EXPECTED ELECTION.

    Hanya itu sahaja chara kita untuk membenarkan keadaan.

  4. Ijauberani on September 30th, 2009 9:15 am

    Adakah mereka telah diberi my kad mahu pun diberi hak untuk mengundi, fikirkan lah adakah pihak BN akan menyokong mereka untuk register mereka agar ada hak mengundi jika tahu mereka akan mengundi pembakang

  5. Kempat Tiang on September 30th, 2009 2:40 pm

    Please…..
    Please…..
    please…..vote PKR.

  6. Asin anak Pali on September 30th, 2009 10:10 pm

    SLT MALAM TUAI NADAI SEKULA KE ENDA NGASOH NIKI RUMAH SERTA NADAI BELAJAR KE ADAT.KASIH BALA SIDA PKR,DEKA MAI BERITA MANAH AGAI SIDA KETUAI AGI BEDAU DANI TINDOK,BALA KITAI KEPANDAI UJI GARAK SIDA TUAI NGAMBI BADU AGI PALOI.KASIH UDU KITA DI BERI CHUNA ARAK CHACAP PELANDOK SEBUTTOL LALU CHALAK JARI DIKERTAS,NEMU SURAT NYA KENA BALA CHINA NEBANG MADANG GATEH SERTA MADANG BUAH KITA.DI ENGKALILI BEDAU AGI UJI DI BARAM ABIS MANOA BALA DAYAK.RUMAH PANJAI DI TERBANG……………KASIH UDU,,,,,…….

  7. Dayak Jihad Militan on October 2nd, 2009 1:06 am

    Amat ko Jimmy A. BN Sarawak tak perihatin sama sekali ngenang ka nasib Orang Dayak idup ba Rumah Panjai. Mmajoriti rakyat Orang Dayak miskin,idup merinsa ba Rumah Panjai dikumbai semua OK & perkara biasa.

    Ba Semenanjung Kerajaan beri tanah kepada Rakyat jadi Peneroka Felda jadi Jutawan tetapi di Sarawak tanah NCR Rakyat diambil & diberi kepada Syarikat Besar/Orang Kaya dan keluarga & ahli Politik saja.Orang Miskin,semua Nelayan di Semenanjung di beri bantuan kewangan setiap bulan tetapi kebanyakan orang miskin,petani di Rumah Panjang(orang Dayak) tidak diberi bantuan kewangan. Orang Miskin di Semenanjung diberi/dibuat rumah free dan diberi Subsidi rumah Kos Rendah/Sederhana sehingga RM30,000.00 seunit.Tetapi di Sarawak cuma diberi projek Atap Zink Rumah Panjang ataupun disuruh buat Loan pinjaman duit saja, akhirnya nak bayar loan bulanan pun tak mampu/gagal.Contohnya banyak Rumah Kos Rendah/Sederhana Kerajaan ditarik balik/dikosongkan kerana gagal bayar loan rumah sebab kemiskin dan perbelanjaan hidup yang tinggi tidak setimpar dengan gaji harian/gaji bulanan Pekerja Am/Buruh yang sangat rendah di Sarawak.Contohnya Gaji pekerja Kilang dan Ladang kelapa Sawit,Sales assistant hanya diantara RM8.00-RM15.00-RM20.00 Sebulan. Rujukan Iklan Pekerjaan jawatan kosong di Borneo Post.Jika mereka bekeluarga ada anak isteri maka tak cukup untuk perbelanjaan hidup seharian bukannya mereka malas kerja,bukan tak mahu kerja dan bukan pilih kerja.

    Jika Kerajaan Indonesia minta bayar Gaji Amah mereka RM800.00 sebulan mengapa Kerajaan BN tak dapat tolong campor tangan naikan Gaji pekerja Am Syarikat dan Pekerja Buruh tempatan.Janganlah hanya tolong pekerja Jabatan Kerajaan saja kerana kebanyakan orang Dayak tidak kerja di Pejabat Kerajaan kerana tidak diberi peluang status bumiputra(dianak tirikan) tetapi hanya dimonopoli diberi peluang satus bumiputra kepada orang Melayu dan Islam saja yang untung jadi pekerja Jabatan Kerajaan.

    Ko YB/MP/Menteri BN tak perlu tolong Orang Dayak miskin,kitai asoh sida jadi baka okoi lapar(anjing lapar terbiar)maya sebedau Bepilih(Pilihan Raya) kitai beri sida Projek mimit & Duit mimit laban sida kelalu lapar(miskin/merinsa)pasti sida ka ngundi BN. Laban enti sida enda(tidak) mengundi BN sida tak ada terima Duit belanja pulai mengundi & sida nadai diberi Projek so thy have no choice maka terpaksa mengundi BN.

    Persoalan saya mengapa duit bantuan anak sekolah dan biasiswa anak diguna Ibu bapa adalah untuk menampung keperluan perbelanjaan keluarga. Mengapa subsidi Pertanian, baja etc dijual untuk mencari duit adalah untuk kegunaan keperluan perbelanjaan keluarga kerana mereka ini sangat Miskin, hidup susah dan tidak dibantu/ tidak ditolong Kerajaan BN yang tutup mata, pekak dan tak peduli masalah Rakyat. Janganlah mempersalahkan tuduh mereka orang kampong Rumah Panjang malas kerja dan tak mahu kerja,terlalu memilih pekerjaan. Masalah utamanya adalah Gaji bekerja di Ladang dan Kilang adalah terlalu Rendah. Tidak berbaloi dan sangat merugikan bekerja disana kerana Kos of Living(Perbelanjaan Hidup) sangat tinggi melebihi Gaji harian dan bulanan mereka. Apatah lagi jika mereka bekeluarga ada beberapa anak dan isteri yang tak bekerja. Kerajaan BN sepatutnya tolong campor tangan untuk menaikan Gaji minima Pekerja Am/buruh Syarikat yang setimpar/ sewajarnya bagi rakyat tempatan Dayak Sarawak.

    Kerajaan BN berjanji beri Projek Pembangunan, Kilang, Ladang Estate dan peluang pekerjaan kepada Rakyat tetapi Gaji terlalu rendah yang akhirnya diberi kepada pendatang asing atas alasan orang tempatan tak mahu bekerja/malas kerja dan pilih pekerjaan adalah tuduhan palsu dan omong kosong Kerajaan BN dan Syarikat Kaya yang hanya mahu menggaut/mendapat keuntungan yang lebih tinggi(Profit). Mengapa Kerajaan BN dan Syarikat tidak berfikir pakai otak dan kira 2x kerana Kos sara hidup seorang dan keluarga yang begitu tinggi kini tidak setimpar/tidak adil dengan Gaji harian/ gaji bulanan yang sangat rendah sekarang ini adalah tidak berbaloi dan sangat merugikan pekerja tempatan. Kami bukannya hamba abdi(Slave) Kerajaan BN dan Syarikat Kaya Kroni milik Keluarga,ahli Politik BN. Berlaku adil,ikhlas dan jujurlah menolong Rakyat tempatan Orang Dayak sebelum terlambat dan nasi menjadi bubur tak ada gunanya. Sekian Harap Maklum semua. Amen!

    Ko YB/MP/Menteri BN. Jangan susah Orang Dayak miskin,idup merinsa di Rumah Panjang masih uleh ngidup ke diri laban Supermarket sida ikan,jelu ba sungai dan sayur babas,buah ba kampong semua Free ko YB Tan Sri Dr.James Masing & YB Tan Sri Afred Jabu, sida malu ngaku bangsa Dayak miskin & idup merinsa.Negeri kitai Sarawak paling Kaya dan paling Maju di Malaysia ko Ketua Menteri Pehin Sri Taib Mahmud semua orang mendapat faedah dan hasil daripada Politik Pembangunan beliau katanya.

    Setahu saya Syarikat Besar/Orang Kaya dan keluarga/Ahli Politik terus kaya menjadi lebih kaya dan jurang diantara Rakyat biasa,orang miskin,majority Orang Dayak terus miskin,hidup susah,dianiayah dan hidup menderita kerana tidak diberi peluang dan kadang kala jalan tertutup oleh orang yang yang tamak dan tidak beperikemanuisaan ini. Kerajaan BN Sarawak patut perihatin kepada masalah Rakyat dan janganlah tunggu Rakyat memberontak,kebencian dan kemarahan akan tidak terkawal.Semoga Tsunami kemenangan Politik Pembangkang segera terjadi di Sarawak untuk tumbangkan/mengalahkan Kerajaan BN Sarawak yang tidak perihatin/tidak ikhlas/tidak jujur menolong Rakyat tempatan bumiputra yang dianak tirikan selama ini (Ramai Orang Dayak Iban/Orang Ulu/Orang Penan) yang jauh ketinggalan dan terbiar.

  8. indu_iban on October 8th, 2009 11:12 am

    (KENDAS AIK MAT….) sinu amat ku ninga rita bla kaban kitai penan….ennda patut petara nadai ngemata ka sida BN nyak..bisi maya sida ya labuh.. nadai mensia ka dikemeli ka sida nyak mata2.. laban aku kala praktikal ngagai menua penan/kayan taun 2007 tok suba dia aku nemu keni ka gaya penatai pemisi bangsa org tok..lebuh aku ka diau ba rumah panjai sida ngau bala bos aku suba..dia aku balat rindu meda rampa menua org din..bala jelu agi nyamai digiga..ikan ulih tangkap ngau jari..dini ka bulih utai kenya agi enti menua abis di sungkur org ila?? uji bunglow sida ya runtuh ka ngau lipan!! keni asai..duit rm5000 amat mayuh ba aku..tang duit nyak enda ulh sampai mati baka kitai ka bulih rezeki ba tanah temuda kitai sampai tuai ila.anak icit kitai..??
    at least bc tanah alai begetah,nanam lada,sawit,betupi ka jelu..taja bangsa kitai tok nadai cabn keja perintah.. bala laut magang ka dipilih org kerja perintah.tau selidik pansik jabatan kerajaan,bisi iban,penan,kayan,beketan??nadai..abis bisi jd driver..nya pan pama enti bisi datai 3 iku jd driver printah.bala kaban kitai cina enda ulih titih kitai,pala org bisnes.. nya alai tak sinu endar ati ngenag bnsa kita tok bala menyadi.aku tok rauh ditu aja,ka lebih nda gak ulih laban ka nadai skul high2 ku org.tak ngarap ka kita ka nmu agi mh mutar ka bangsa kitai.nganti perintah sigi nadai dianti.”"MULUT BEJAKU PATUNG ENDA ENGKEBUT!!

  9. Jimmy A on October 9th, 2009 11:11 pm

    Kenyataan benar Bantuan 2x apa yang dikatakan Kerajaan menolong Rakyat adalah Omong kosong dan cuma angin panas tetapi menyusahkan rakyat saja kerana tidak seperti apa yang diharapkan(Dusta) seperti Skim Cepat kaya yang rugi adalah orang ramai.

    Contoh pertama: Keluarga abang adik saya.
    Kerajaan ada menyediakan Rumah di Penempatan baru Sg. Asap & Sg. Koyan Belaga untuk Keluarga yang ada bilik di Kampong asal saja yang berharga lebih RM50000.00 dan diperbuat daripada kayu yang tak berkualiti. Tanah hanya 3 ekar saja. Harga bilik mereka di kampong Asal RM14000.00 saja tetapi tidak diterima kerana diserap untuk membayar Deposit rumah tersebut. Baki RM36000.00 Loan(akan dibayar selepas 5 tahun kemudian). Persoalannya sekarang siapa nak bayar dan bagaimana nak bayar kerana orang kampong tiada pendapatan kerana tiada pekerjaan. Kerja di Ladang Kelapa sawit RM15.00 saja. Kos perbelanjaan hidup sangat tinggi,tambang dan makanan keluarga saja dah melebihi RM15.00. Bekalan elektrik pun dah diputus kerana tidak mampu dibayar(berhutang) Untuk membeli barang lain dan perbelanjaan anak pergi sekolah pun dah tak ada duit. Tunggu Kerajaan halau/usir mereka sajalah ini jika dikuat kuasa membayar rumah tersebut kerana tiada duit untuk membayar loan rmah tersebut. Yang bekeluarga dah bertambah Kerajaan tak beri lot rumah baru dan lot tanah baru nak hidup dimana dan nak cucuk tanam dimana? Semua tanah lapang adalah tanah Reserve kampong atau pun tanah Kerajaan. Tuai Rumah/ Ketua Kampong tak suruh buat rumah dan tak suruh tanam buah/padi di tanah Reserve Kampong ataupun tanah Kerajaan katanya. Kami ini dibuat seperti Pendatang tampa Izin di Negeri sendiri.

    Contoh kedua ialah berkenaan dengan Biasiswa Bakun. Anak Keluarga abang,kakak,adik dan anak saya sendiri tidak pernah menerima bantuan biasiswa daripada Biasiswa Bakun yang dijanjikan untuk Orang Belaga. Walaupun setiap tahun ada minta tetapi tidak berjaya dan tiada jawaban. Alasan mereka terlalu ramai orang minta dan tiada cukup peruntukan dan bergantung kepada nasib. Masalahnya kami terlepas/tidak layak/tercicir meminta Biasiswa lain seperti Yayasan Sarawak kerana dikhaskan minta Biasiswa Bakun dulu untuk orang Belaga kata Cikgu. Perkara inilah yang menyusahkan keperluan perbelanjaan anak 2x kami yang miskin dan hidup susah untuk pergi Sekolah terutama budak Sekolah Menengah yang pergi ke pekan Belaga. Tambang mereka pergi dan balik saja pun tidak ada cukup duit, apatah lagi membeli keperluan persekolahan yang lain kami tak mampu. Kerajaan seperti paksa suruh anak mereka pergi Sekolah hingga ke Tingkatan 5 dan berjanji persekolahan Percuma konon adalah omong kosong dan angin panas Kerajaan BN saja. Kerana mendapat Biasiswa adalah sangat susah(banyak syarat dan bergantung pada nasib kata cikgu)dan juga kami dipaksa membayar Sekolah Yuran lain 2x etc untuk anak 2x kami yang sangat membebankan/ menyusahkan ibu bapa yang miskin seperti keluarga abang dan adik saya yang ramai orang anak.

    Contoh ketiga bantuan kemiskinan dan orang tua.
    Keluarga abang dan adik saya yang benar 2x miskin.Mengapa mereka tak dapat bantuan Kemiskinan daripada Pejabat Kebajikan dan MP walaupun mereka teryata benar sangat miskin, tiada pekerjaan tetap(tiada gaji)kerja petani dan ramai anak. Walaupun mereka hampir setiap tahun ada minta dan di isi borang tetapi tidak berjaya dan tiada jawaban.Sampai bila Pegawai Kerajaan BN beri alasan tiada cukup peruntukan,terlalu ramai orang minta dan bergantung kepada nasib. Mengapa susah sangat Pegawai Kerajaan pergi tengok rumah(bilik) mereka keluarga abang dan adik saya yang miskin ini di Sg.Asap Belaga yang tiada perabot rumah etc,kekurangan perkakas dapur,pakaiaan,makanan tidak cukup dan tiada bekalan elektrik(diputus) kerana tak mampu membayar etc.Membayar bil 2x air pun tak dapat, Pejabat JKR dulu sudah beri amaran untuk potong bekalan air.Jika bekalan air nanti dipotong akan menyusahkan rakyat terpaksa minum air kotor dan tercemar yang sangat merbahaya dan membunuh.

    Apa sebenarnya yang terjadi,minta rasuahkah,tidak menjalankan tugas, kami dianiayah dan Kerajaan BN tidak perihatin dengan masalah rakyat atau siapa yang berbohong dan berjanji kosong adalah Pegawai Kerajaan dan Kerajaan BN. Sekian diharap maklum semua. Amen!

  10. kenyalang on October 9th, 2009 11:22 pm

    Jimmy A
    apa boleh buat dayak lama kata…jagan lwn kerajaan…,kita org dayak ikut saja kerajaan ni…
    nanti kita di katakan org kepapas…kata org2 pro kerajaan…

    mungking org2 sperti dayak lama tahu menjawab permasalahan yg kmu ceritakan itu…

  11. Cikgu Iban on October 10th, 2009 5:05 am

    Jimmy A,

    Ketiadaan response dan komen dari kumpulan Dayaklama adalah bukti nyata bahawa kerajaan BN peringkat Negeri SWK adalah benar benar tidak prehatin terhadap masalah masalah rakyat. Seandainya kerajaan,para penyokong dan pengampu kerajaan betul betul prihatin, Dayaklama dan kuncunya sepatut nya telah memeberi komen komen berbentuk defensif demi sokongan membuta kepada kerajaan tanpa mempertimbangkan masalah masalah yang benar benar terjadi.

    Penilaian penilaian yang dibuat melalui orang orang professional dan berpengalaman dari luar negeri untuk adalah semata mata untuk mengabui orang orang yang tidak berpendidikan yang sentiasa dipergunakan oleh kerajaan, kononnya untuk kepentingan kolektif dan bersama tetapi sebenar benarnya demi kepentingan ahli ahli iyupolitik sendiri. Mereka berselindung dengan pelbagai helah untuk merahsiakan tindakan dan gerak geri supaya ianya menonjolkan ciri ciri terbaik sahaja.

    Penasihat penasihat berpengalaman yang telah menjalankan penilian dan membuat laporan sebanarnya bersengkongkol dengan para pemimpin politik negeri. Laporan tersebut sudah tentu tidak memepertimabngkan kepentingan kaum yang terlibak secara terus akibat daripada pembinnan HEP Bakun. Masalah masalah sosial sepertimana yang kamu bentangkan disini tidak diambil peduli, asalkan projek HEP bakun terus dilaksanakan. Adalah nyata disini bahawa kerajaan tidak memberi atau penyelesaian berpanjangan untuk masalah seperti ketiadan tanah( hanya 3 ekar untuk satu keluraga yang asal), ketiadan pengelaman bekerja, masalah seperti ketidakmampuan membayar bil bil utiliti, pengankutan sereta kos kehidupan yang tinggi sememangnya dipandang remeh oleh kerajaan.

    Jimmy A, kalaulah kumpulan Dayaklama berada dalam kedudukan dan keadaan orang orang seperti kakak, abang adik dan keluarga keluarga lain yang berdepan dengan masalah masalah seperti itu, besar kemungkinan mereka juga takkan diam. Kamu tengoklah sendiri, setakat ini apakah respons respons positif yang telah dan akan diberi oleh Dayaklama.

    Pengwujudan Biasiswa Bakun adalah untuk mempermudahkan kerajaan mendapat kerjasama dan persetujuan dari kaum yang terlibat. Setelah semuanya dilaksanakan dan persetujuan diperolehi, keberkeanan Biasiswa Bakun menjadi pertikain. Sebaliknya, ia menjadi satu punca masalah kepada orang orang terbabit.

    Secara ingkas, kalaulah kerajaan betul betul prihatin, kakitangan kerajaan dan agensinya sepatutnya turun padang membuat kepastian kewujudan masal tersebut sereta membuat penyelesain sepenuhnya.

    Sekian…

  12. educated asap on October 30th, 2009 4:49 pm

    Yes brother i fully support what you have said about sg.asap. coz i am also from sg.asap. kite yang cakap dlm blog ini memamng tahu apa yang kite nak buat tetapi maslah besar yang berlaku adalah sama seperti di lubuk antu baru2 ini. orang BN sengaja besarkan isu di suratkhabar mengatakan PKR ditolak.Yang paling menyakitkan hati adalah ketua kampung , penghulu, pemanca sebab mereka inilah yang menjadi talit barut rakyat jelata. mereka diberi buah tangan oleh YB BN tapi rakyat yang menjadi mangsa.Saya amat setuju jika ada badan NGO yanag dapat datang tolong semasa next general election supaya dapat explain dgn orang tua dikampung mengenai apa yanag telah dibuat oleh BN selama ini sebenarnya hanyalah untuk kepentingan peribadi.

  13. educated baram on November 4th, 2009 1:42 pm

    dah terbukti 100% kerajaan yang memimpin selama ini adalah kerajaan yang tidak adil,pembohong,banyak makan rasuah,mata duitan,suka sangat merapu.tengok saja pendudk di belaga.apa dah jadi dengan mereka?tiada tempat tinggal,hidup serba dalam kekurangan gara2 YB/KM yang tamak duit,mata duitan.bila tiba musim pilihanraya,mcm2 janji manis ditaburkan.itu sebelum pilihanaya.lepas pilihan raya,smua janji tu omong kosong.daripada apa yang saya dengar pnddk bram yang tinggal dihulu akan dipindahkan ke bahagian hilir (long lama/marudi).tiada lagi kita dpt menikmati daging babi yang enak kalau disalai,tiada lagi makan ikan semah yang besar2 dan berlemak,buah2an,sayur2an.semua tu kita dapat mkn free.temuda kita diceroboh yang berpuluh2 tahun kita diami.apatah lagi kita yang masih diam di sungai akah dan telang usan.air sungai masih jernih,udara segar.pembangunan yang dibawa tu mencemarkan alam sekitar.biarlah kita sama2 bangkit menentang penceroboh2 ini.jgn biar mereka bermaharajalela di bumi kita.BN tidak adil.janji saja manis tapi tak pernah dikotakan.tidak fikir secara matang..mau duit…duit..duittttt jak kerja.pilihanraya akan datang kita ramai2 undi pembangkang..walau apapun yang terjadi,sama2lah kita berganding bahu,ca kimet ca tawai ka penco ka ngelinek ka uko le.ayen tai paso cin tana asen ilu.buk ilu kuwa2 kimet kelo menggagalkan rencana BN/YM/KM, ni ake rasa ilu pasti berjaya.mudip telang usan…

  14. Lirong Awing on November 14th, 2009 8:59 pm

    mmg keperitan yang kita hadapi dan alami pd msa ni kerana sesuatu perancangan yg kurang berkesan, ttpi adakah dgn keggalan sesuatu perancangan dlm aspek perlaksanaan mjadikan kita layak mnjadi sebagi seorg hakim yg mgatakan “mereka” atau “dia” salah atau bersalah…? sya rasa la… kita smua sma.. klu pn pembangkang menang dlm plihanraya yg akn dtg (maknakata “awk” dh mjdi krjaan lah pla kn…?), namun adakah nanti apa yg akan krjan pd masa itu lakukan akan 100% brjaya? or u will face the same situation as they do rite now….

    sya rasa lh, apa yg kita perlu lakukan ialah perubahan persepsi kita trhadap maksud politik… bknya mggunakan politik bagi tujuan dan maksud peribadi…

    sya myokong bahawa kita as sarawak natives mmg jauh ketinggalan brbanding bgsa2 lain kat msia, namun jgn kita sbagi generasi yg lebih baik dri mak bapak kita ni memperjudikan nasib anak2 cucu2 cicit2 kita sewenang-wenangnya tnpa perancangan yg teliti dan muafakat…

    satu yg sya faham, we cant change anything to be fix our desire in one nite… sya rasa saudara2 pn fhm maksud sya….

    apa yg sya faham dan perhatikan (sya tak mksudkan pemahaman dan pendpt sya ni 100% btul). kita org native swk ni mmpunyai ramai calon2 pemimpin yg berpengatahuan dan berpengalaman..(ada yg pgkat doctorate lg…. kn?), klu dh gtu gayanya, knpa tdk berfikir secara profesional, menilai dan memberi sumbangan yg positif, ini tak, ckp pn utk kpentingan diri sendiri (how others going to support you?) atau snang2 nk dipendekn cerita la, ckp tak serupa bikin…. seharusnya, klu mau suku sakat mnyokong dan mbri kepercayaan, kita tdk meletakan diri kita jauh diatas… u need to go on the ground (but not underground…)so that people relise your potential to lead them… cuma satu pesan sya, dlm kita nk mengayat org tu, guna la ayat yang mudah difahami, jgn berbelit2, jgn bayk mgata, memperburukan org lain, sb satu jari kita tunjuk kat org lain, ada lg 4(E.M.P.A.T) jari yg mghala ke arah kita sendiri…

    sori la, bkn sya nk mgata, cuma mberikan renungan, sapa tak nak tgk bgsa sndiri maju….kn? jgn pla tanam benih padi, tup tup buah peria yg dituai….

    peji pejoh peju……

Leave a Reply




Bad Behavior has blocked 1288 access attempts in the last 7 days.