Saya Anak Malaysia

Taken from The Malaysian Insider

Hari ini adalah hari ini dalam sejarah.

Buat pertama kalinya dalam sejarah politik tanahair, satu gagasan yang kukuh, mantap, penuh berkobar-kobar dengan idealisma, prinsip dan menwakili aspirasi rakyat berbilang kaum, berbilang usia dan kedua-dua jantina ditubuhkan untuk menawar diri sebagai alternatif kepada pemerintahan negara.

Bukan senang kita sampai ke perjalanan ini yang penuh berliku-liku. Sepanjang 52 tahun ini, kita telah dikaburi mata dengan permainan politik pecah dan perintah, tipu dan temberang malah tindas dan tangkap. Rakyat terpaksa tunggu 52 tahun tetapi lebih baik sampai sungguhpun terlewat.

8 Mac 2008 mengubah lanskap politik

Tsunami politik 8 Mac 2008 mengubah lanskap politik negara tetapi kita sebenarnya dirompak. Kalau tidak kerana ketidakbebasan dan ketidakadilan SPR, kita sudah menjadi kerajaan bukan sahaja di 5 negeri malah di Putrajaya juga. Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya dirompak jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

SPRM

Lihatlah bagaimana SPRM diperalatkan untuk menganiayai PR sehingga kerajaan negeri Perak dijatuhkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin seorang Menteri Besar Perak dipilih rakyat diguling dan aktivis demokrasi Teoh Beng Hock dibunuh dengan kejam sekali. Saya ingin meningatkan pihak bertanggungjawab kita tidak akan lupakan kamu kerana tiada maaf bagimu. Kita perlu tabah hati menghadapi cabaran yang begitu pahit sekali.

Anak Malaysia

Kita berkumpul di sini kerana mahukan janakan perubahan dan reformasi untuk mendirikan sebuah Negara milikan semua anak Malaysia yang cintai 5K keadilan, kebebasan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan. Rakyat mesti percaya perjuangan kita adalah tulen bukan celup, benar bukan palsu, hak bukan batil, maaruf bukan mungkar. Perjuangan yang sebenar adalah yang dapat dilihat, didengar dan dirasai. Saya percaya rakyat dapatlah lihat pengorbanan kami, dengar pendirian kami dan rasai komitmen kami demi mengorak reformasi.

Dasar Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui

Yang kita hendak sembahkan pagi ini adalah satu Dasar PR yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen PAS, DAP dan PKR. Ia adalah satu dokumen penting yang merangkumi semua titik perjuangan kita bersama. Oleh kerana itu ia tidak akan memuaskan hati semua orang seperti DAP yang mahu dinyatakan dengan jelas istilah “pilihanraya kerajaan tempatan” tetapi bersedia menerima istilah “mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan” sebagai pengganti yang tentunya mencakupi pilihanraya kerajaan tempatan.

Kompromi pertanda baik

Kompromi seperti ini adalah petanda baik bahawa kerjasama erat dalam PR adalah berdasarkan landasan perbincangan dan perundingan yang bernas tanpa didominasikan oleh sesuatu pihak. Sungguhpun tidak memenuhi keperluan masing-masing, maka ia adalah satu batu asas yang boleh menjalinkan kerjasama erat dalam PR, hubungan baik antara kaum serta integrasi dan perpaduan kaum di seluruh Malaysia.

Pantun

Sebagai meraikan Konvensyen PR yang penuh bersejarah ini, terimalah serangkap pantun daripada saya:

Negara Malaysia, anak berharga

Adil ditegak rakyat dijaga,

Integriti Bernyala Harapan Bersinar

Amar Maaruf Nahi Mungkar


Ketuan Rakyat

Dengan kata lain, amalan pentadbiran amar maaruf nahi mungkar boleh menyatupadukan rakyat kerana semua sokongkan kebaikan dan bencikan kejahatan seperti amalan rasuah. Itulah sebabnya Kerajaan PR selalu tekankan ketuanan rakyat dan menganggap semua warga sebagai insane bermaruah bukannya berdiskriminasi atas warna kulit. Dengarlah komitmen kami — Bahawa kerajaan PR akan memberikan bantuan sama kepada semua rakyat tanpa kira kaum, agama, jantina dan latarbelakang.

Komitmen perpaduan rakyat inilah yang melahirk

Popularity: 5% [?]

Related posts:

  1. Muafakat Baru atau 1 Malaysia; Mana satu pilihan Hati Taken from The Malaysian Insider DIS 21 —Kejayaan paling besar...
  2. PKR: Terima Terbuka Hasrat bukan Islam guna kalimah ”allah”. Taken from The Malaysian Insider Oleh G. Manimaran PETALING JAYA,...
  3. Menamatkan dominasi MIC dalam BN Taken from Malaysian Insider (Zulkiflee Bakar) Dayakbaru comment: Tu chara...
  4. Kepimpinan yang tak bermoral Written by: Zaid Ibrahim May 2010 Perdana Menteri – macam...
  5. Bangsa Iban Bangsa terbodoh dan termiskin di Malaysia Posted by: Happyman Bangsa Iban Bangsa Terbodoh dan TerMiskin Di...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments

Comments are closed.

Bad Behavior has blocked 958 access attempts in the last 7 days.