Muafakat Baru atau 1 Malaysia; Mana satu pilihan Hati
Taken from The Malaysian Insider
DIS 21 —Kejayaan paling besar buat gabungan pembangkang dalam dekad ini adalah apabila tiga parti yang bertentangan ideologi mampu duduk berhimpun untuk mencapai kata sepakat bagi membentuk satu platform dasar bersama.
Maka lahirlah dasar bersama itu pada konvensyen pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu.
Walau pun ini tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang bersejarah, ia amat penting dalam konteks Malaysia yang masih bergelumang dengan politik kaum dan agama.
Apatah lagi apabila gabungan tidak rasmi itu yang dianggotai Parti Islam SeMalaysia, Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Rakyat seolah-olah kehilangan arah sejak setahun lalu kerana dilanda masalah dalaman dan luaran.
Memang Barisan Nasional yang menguasai kerajaan pusat dan majoriti kerajaan negeri tidak pernah melepaskan peluang untuk mencari kesilapan dan kesalahan Pakatan melalui media massa yang dimilikinya. Tetapi pada masa yang sama, kalangan Pakatan sendiri telah mencipta masalah dalaman serta sesama mereka.
Dengan adanya tolak ansur dan persefahaman itu, kini sudah wujud satu platform bersama untuk Pakatan bagi membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Langkah pertama telah disempurnakan.
Namun, sejauh mana Pakatan Rakyat akan terdaya memikul dan menjinjing dasar bersama itu untuk tahun-tahun mendatang ini? Adakah semua masalah sudah selesai atau pahat akan terus berbunyi selepas rumah siap dibina?
Langkah kedua bagi Pakatan Rakyat adalah tindakan susulan. Ini termasuk menghalusi semula dasar-dasar yang dipersetujui bersama itu untuk menjelaskan lagi secara terperinci perkara-perkara yang mahu mereka perjuangkan.
Ia tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang sukar kerana Pakatan Rakyat bukannya membawakan perubahan radikal. Pemikiran para pemimpin gabungan pembangkang itu tidak banyak bezanya daripada majoriti rakyat yang konservatif.
Atas kesedaran ini juga, dasar bersama Pakatan awal-awal lagi telah menyuarakan usaha untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub di dalamnya Islam sebagai agama Persekutuan. Ia juga berikrar untuk mempertahankan kedudukan istimewa Bumiputera dalam Perkara 153 dan martabat Bahasa Melayu dalam Perkara 152.
Harapan Pakatan ialah supaya orang Melayu dan Islam tidak bimbang untuk membuat perubahan dengan memilih gabungan PAS, PKR dan DAP sebagai alternatif kepada Umno dan Barisan Nasional.
Rasanya tidak salah jika dikatakan mesej platform bersama itu adalah untuk meneruskan kebanyakan dasar Barisan Nasional terutamanya dalam soal pembangunan dan kemajuan negara yang dilihat sebagai telah diterima baik oleh rakyat TANPA membawa bersamanya gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Mungkin kalangan penyokong dan pemimpin Pakatan tidak selesa dengan persamaan ini tetapi jika dilihat dasar-dasar asasnya, memang tidak banyak cadangan yang boleh dianggap radikal kecuali dalam soal hak dan kebebasan.
Sejak lebih 30 tahun lalu, semua hak-hak ini telah terhakis satu demi satu di bawah pentadbiran Barisan yang semakin renggang daripada rakyat yang sepatutnya mereka layani.
Di sinilah letaknya kekuatan Pakatan Rakyat. Namun, perlu ada usaha alternatif untuk menyampaikan hasrat mereka kepada rakyat berikutan penguasaan media massa oleh Umno dan Barisan.
Tidak ada gunanya bercakap soal keadilan, kebebasan, demokrasi dan peluang saksama sekiranya tidak cekap dalam menguruskan pelaksanaannya. Persepsi rakyat amat penting terhadap Pakatan. Jika rakyat terus mendapat maklumat mengenai Pakatan dari media milik Umno dan BN, sukar untuk melawan arus walau pun fakta dan kebenaran telah dipesongkan.
Malaysia akan menyaksikan pertembungan di antara dasar bersama Pakatan yang dinamakan Muafakat Baru Untuk Malaysia dan agenda 1 Malaysia milik Barisan. Bagi rakyat, ini akan memberi peluang untuk menilai mana yang kaca, mana yang intan. Yang lebih penting ialah butir-butir dalam dasar yang mahu dilaksanakan.
Mungkin ada antara kita yang ingin tahu lebih lanjut lagi, misalnya dalam soal pendidikan, sama ada sistem kemasukan ke kolej dan universiti awam serta pemberian biasiswa akan dilaksanakan secara adil tanpa mengira kaum dan agama.
Ada juga antara kita yang mengharapkan perkhidmatan awam yang lebih adil dengan membuka kemasukan berasaskan kelayakan tanpa mengira kaum dan agama. Ini dapat meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan awam sendiri yang sekian lama dibelenggu oleh birokrasi gergasi. Malah mereka di kalangan perkhidmatan awam juga mengharapkan agar kenaikan pangkat berasaskan kelayakan dan meritokrasi tanpa campur tangan politik.
Ada pula yang ingin mengetahui sama ada berlaku perubahan dalam kuota pembelian rumah, cukai-cukai serta bayaran yang dikenakan serta bermacam lagi persoalan yang akan menjejaskan poket dan kewangan keluarga.
Selagi usaha-usaha ini berasaskan Perlembagaan, tidak ada sesiapa yang perlu takut dan bimbang dengan kemungkinan “terhakisnya” hak mana-mana pihak. Tidak ada sesiapa yang rugi — kecuali mereka yang biasa hidup menjadi kroni dan mempunyai kabel politik yang panjang — jika Malaysia menjadi sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan sistem yang adil, cekap, telus dan bebas dari rasuah serta penyelewengan.
Jika Pakatan komited dengan apa yang dijanjikannya, tidak mustahil rakyat dapat menikmati kebebasan yang dicita-citakan — di mana media massa bebas, kehakiman adil dan tegas, polis dan badan pencegahan rasuah dan penyelewengan bebas serta berani. Teguhnya semua institusi ini akan melahirkan suasana ideal untuk dunia perniagaan dan pelaburan; dan peluang pekerjaan pula akan bercambah.
Agenda 1 Malaysia juga mempunyai cita-cita yang sama untuk sebuah masyarakat ideal dalam negara yang maju. Namun Pakatan mempunyai sedikit kelebihan kerana tidak seperti Umno dan Barisan, mereka belum terjebak dalam kancah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara meluas.
Dengan itu, empat negeri yang ditadbir Pakatan sekarang perlu lebih bertungkus lumus untuk menunjukkan teladan yang sebaik mungkin. Memang besar bezanya di antara pentadbiran kerajaan negeri dan Pusat tetapi tidak ada ruginya berlumba untuk menonjolkan siapa lebih adil, bertanggungjawab, telus dan saksama.
Mungkin cabaran paling getir untuk Pakatan ialah menangani soal kaum dan agama. Sejak sebelum merdeka lagi, masalah ini sudah lama terbuku. Untuk menghuraikannya memerlukan masa, kesabaran dan kebijakan serta tolak ansur yang ikhlas.
Pakatan perlu merapatkan barisan sesama parti gabungan. Tidak ada salahnya berbahas dan berdebat dalam soal-soal kepentingan rakyat. Itu bukan tanda perpecahan; malah ia adalah hikmah demokrasi.
Tetapi jika terus berbalah dan saling tuduh-menuduh serta curiga antara satu sama lain, Pakatan boleh melupakan impian untuk menjejakkan kaki ke Putrajaya. Rakyat sudah meluat dengan konflik politik yang tak berkesudahan.
Rakyat akan menimbang mana satu yang lebih baik — Agenda 1 Malaysia atau Muafakat Baru Pakatan Rakyat. Dan semua ini akan ditentukan oleh kata-kata, sikap, perangai, amalan dan perbuatan ahli-ahli politik kita sepanjang 12 bulan akan datang; kalau pun tidak dalam masa 24 bulan lagi.
Popularity: 32% [?]
Related posts:
- Saya Anak Malaysia Taken from The Malaysian Insider Hari ini adalah hari ini...
- Menamatkan dominasi MIC dalam BN Taken from Malaysian Insider (Zulkiflee Bakar) Dayakbaru comment: Tu chara...
- Orang Ulu tukar nama kepada Lun Daya Posted by: Jimmy Banyak soalan belum di jawab Saya ada...
- Siapa memperbodohkan orang Dayak? Posted by: Iban Abroad Hadi Awang, Presiden PAS (Parti Melayu)...
- Antara RM12 Juta di Lubok Antu dan Matlamat Perjuangan Dayak Seluruh Sarawak Posted by Long Kong Mee Segera Peruntukkan 12 juta oleh...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Comments
23 Responses to “Muafakat Baru atau 1 Malaysia; Mana satu pilihan Hati”
Leave a Reply






“Muafakat Baru atau 1Malaysia”
Pilihan hati saya ialah ‘Muafakat Baru’.
1Malaysia is not a bad idea but it has been toxinated and tarnished by the act of its founder.
It won’t be a sucess unless the founder is healed by a cleansing process -resurrection & repent.
Not only the three oppostion parties whose ideologies and policies differs but the Dayaks in Sarawak DB/DL whose origins, fate and future are the same should choose ‘Maufakat Baru’ if we are to excel forward. Don’t simply sokong 1Malaysia,
without scrutinising its implications towards our future.
Aya Bujang Tuai, i think you are stepping on my left toe.
i admire 1Malaysia,since it is the best choice at the moment for the dayak of sarawak,based on their track record toward sarawak for many years.
to me Muafakat Baru is a loose connon. it is nothing but another rethoric of mimic of the politicians.
as history had shown marriage of the convinence between PAS & DAP won’t last long.
to me it is a lice(PR) searching for blood to suck from semenanjung m’sia toward s’wak’
Aya Bujang Tuai,
PAS,PKR, dan DAP mempunyai perjuang, motif, objektif perjuang dan agenda yang berbeda dengan politik sarawak. bagi mereka kita di sarawak adalah spare tyre untuk mencukupkan quota pemerintahan di parlimen. maka alkisah wujudlah slogan “Muafakat Baru” untuk mengintai dan menawan hati rakyat sabah dan sarawak khasnya.
perjuangan kaum dayak adalah berbeza ianya lebih kepada prinsip “nessecities and need” walhal PR lebih kepada pembangunan kaum india,cina dan india di semenanjung.
maka dewasa ini amat wajarlah penduduk sarawak menyokong BN,”Anang Ngelaban Perintah Dom” is very much applicable at the moment.
ABT, the timing is not right.
the PR strategi of campaign is definitely not suitable for sarawakian who loved peace and harmony, while on the other hand the PR used “street Riot’, RUSUHAN JALANAN to acheive their goals.
actual to me as a KERANI Opis welfare this article shouldn’t be published in this blog.
and i can be assured that the DL groups is 100% agreed.
Christmas Gift,
Thanks to BN gomen for allowing the Christian students to have the freedom to take up Bible Studies as a subject in a national examination is proof that the government understands the concerns of the Christians.
This is the best Christmas gift for the Christians in Malaysia this year.
Will PR gomen allow that?
It is not a crime to guess what the PR are up to but what the BN had done and not done to and for the rakyat the last 46 years despite being given the power as representative of the rakyat by the rakyat, is no wild guess or speculation. The BN betrayed the Dayaks! As a bean counter in an office, life may not be that difficult. But to lose the one and only property that sustain and support ones life is not an amusing experience. We are talking about the survival of the Dayaks here, not goodies and instant, useless temporary aid. We may be uneducated longhouse folks but after 46 years, the puzzle pieces are coming together as pictures. It is an ugly picture and we don’t like it no matter how pretty the BN claims it to be. We are not blind or stupid! We never have been stupid, but just being respectful.
Kerani Opis Welfare,
1.Best choice for Dayak at the moment when we are still being OPRESSED,SURPRESSED and DEPRESSED by these so called PLOTICS Of Development Policy?
2.Muafakat Baru is just a RHETORICS?What about 1MALAYSIA Concept then?
3.Marriage of Convenient between PAS&DAP?Now between UMNO,MIC and MCA,there is always this Big Brother UMNO who always bullied them,is these are the PERFECT MARRIAGE that you want?
4.No wonder you are in DayakLama group as you still in in the CAWAT MENTALITY and you just cant let yourself to came out from that NUTSHELL of yours.Now we are in a New Age Of Politics where ACTION and RESULTS speaks LOUDER THAN RHETORICS AND WORDS…1Malaysia konon but yet,there is no Significant Impact of these so called policy
5.Anang ngelaban PERINTAH??Please DEFINED the words PERINTAH.PERINTAH is BN and BN is PERINTAH??Another sympthom of DENIAL SYNDROME..Hahahhaa
6.Street Riot?Sorry my fren,you better check your words first..there is no such thing as Street Riot,Street Protest yes.Where is the country in this CIVILISED world that Street Protest doesnt take off??Please tell me?Dr Martin Luther King Peace Rally in 1963 is a Street Riot?
7.Yes,of course you and your Dayaklama Add Hoc commitee will be very much agree with these 1Malaysia Concept,thats why you guuys called yourself DayakLama.
What is the 1Malaysia Framework,Concept or Policy?Can you please explain in details to us here?
Hello Hello Everybody!
There is no 1Malaysia policy! There is an NEP and a NDP policy gazetted in parliament. But no 1Malaysia policy! So please do not refer to 1Malaysia as a policy, there is no such thing! It is merely a slogan! Kerani Opis Welfare, get your facts right!
Dear JS
Do you know that there is a difference between a gift and your rights? In the constitution Christians have a right to practice their religion in Malaysia. This right is not a gift to be given out by any leader. The fact that you have write about gifts to be given by leaders is that you betray yourself to be of the feudal mind where we have kings and serfs. Hello, we no longer live in such times, this is the modern world where the leader is to be of service to the people, not to dispense gifts as he sees fit, maybe like Saddam Hussein perhaps? (And we know what happened to him)
Thanks to PR (won Parliment seats + few states in Malaya). If they didn’t won in the last GE, PM Najib wouldn’t announce 1 Malaysia and not much budget allocated for Sarawak in the 2009 & 2010 budget. With Muafakat Baru, i think BN needs to work harder because currently PR govt in few states in Malaya has proven that they are much better than BN in managing limited fund n bringing a balance development to various communities in their respective states.
My personal opinion about 1 Malaysia is that it is just like a “talian hayat” because BN now is just survive in the state of “nyawa-nyawa ikan”. In fact, 1 Malaysia is nothing new. Its just a promise to include non-malay ie Chinese, Indians, Dayak, Kadazan etc in the mainstream of devt because Indians & Chinese have retaliated by using their votes during the last GE. Why? coz they want more development for their communities, coz they want more rights in economics, education, employment, etc. I believe not many Dayak have been successful in economics n achieved living standard that equal to Indian / Chinese. So, don’t be complacent with what we have achieved coz we are still too far to be at par with other races with regard to economic development. 1 Malaysia concept should have been implemented during the past 46 years.
Cheers,
John Hock.
Muafakat Baru,
dari sudut pandangan kakitangan awam adalah lebih kepada meniru kepada konsep yang diwarkan oleh kerajaan BN, 1Malaysia.
sebagai rakyat sarawak saya tidak melihat apa-apa kemajuan yang dibawa oleh PR kepada negeri ini kecuali kekusutan politik, rethorik, perebutan kuasa, kehancuran, kesangsian dan pelbagai tuduhan sinis.
kemanakah hala tuju PR? perlukah rakyat sarawak khasnya DAYAK menyokong, menyertai dan memberi harapan secara HENTAM_KORMO kepada PR.
pernahkah mereka menilai implikasi sokongan mereka kepada PR yang secara membabi buta? kita tidak mahu melihat masyarakat dayak menjadi HAMPA/frustated apabila PR menjadi berkuasa dan perjuangan kaum dayak yang menyokong dilihat sebagai Agenda ke-4, Almaklumlah PR sudah berkuasa dan mungkin sudah alpha atau mudah lupa.
sesalan demi sesalan akan berlaku.
BN,
adalah pilihan terbaik kepada rakyat sarawak.
BN mengamalkan dasar LIBERALISASI, muafakat, rundingan bersama dengan intipati rakyat-jelata sentiasa dekat di hati untuk tujuan POLITIK PEMBANGUNAN.
slack sedikit mungkin kepada Jentera-Jentera Pengerak BN yang tidak sempurna 100% tetapi masih boleh diperbaiki.
Yang menolak dan menafikan BN, tidaklah keterlaluan jika saya katakan “enda ampit piring plus a little bit of greedy or may be selfish”
so sorry for them.
i as a kerani opis does’nt lose anything be it in power PR or BN. but truly i feel pity for those who reject and oppose BN. they may be brilliant and smart but they don’t know what they are doing.
not like DL, they name maybe AGu/jamban/toilet/MJC commercial centre but their are sincere in helping the dayak as a whole, kudos to this groups.
any way before i forget, Merry Christmas Everyone, be it DB, DL or some visitors.
Anang kelalu comment tentang sida Lim Kit Siang…DSAI, PR sida nya ‘parasites’, they does make sense to the struggle of the Dayaks in Sarawak. Why not get Idris Jala to do something extraordinary for sarawak or be the Sarawak Chief Minister to-be! Opportunity lies and its wise for us to manipulate the issues pertaining to our struggle. So Why wait?? Time and tide wait for no man” Urang ke pandai ngadu menoa di ambi sida ke semanjung enggai ke threatened kedudukan negeri sarawak ti diketuai Tabib Mamut!
Salam 3 Malaysia [ Semenanjung, Sarawak, Sabah]
It must be 1Malaysia and PM is satisfied with the performance index of various gomen departments meaning all of them function as expected. Gomen are reforming every now and then to suit the desire of the rakyat and this will eventually lead to a perfect gomen, a true gomen of the people for the people.
46 years benchmark of never failed the people as a proof that BN is a credible, people oriented and charitable form of gomen.
Among the Asean countries except Brunei which goes the first Malaysia is the second that has huge amount of money spent on subsidies. This subsidies are for all regardless of rich and poor. I think most DB’s here are rich don’t you felt bad when you buy something of subsidised price? First the gomen intention is noble and really want to help the poor so that they are able to buy goods at affordable price, but these have made some people become rich and they become the abuser and turn to be a gomen criticizer.
Dayaklama,
Even the handicapped peoples are aware of the plight of Dayaks, without referring to the ‘Laut’
BN politicians are monsters, grabbing , rampaging people’s territory, makan tanah, makan sawit, makan rumput macam kambing gurun…buaya darat,gajah sesat….
PR is a rojak party without without the ‘right ingredient’ and power hunger party. hanya memenuhi agenda peribadi Pak kaduk Anuar.
No BN, No PR…. In Sarawak, No Wayang Kulit…
It should be Parti…….?????
engkerawai,
you may say that both BN and PR is USELESS but i would like to ask you,What is your IDEAL Party then?But please taking into consideration with the Present Political Scenario and not just a RHETORICS.It must be something that RELEVANT in the present political situation now.
Chhers
I was borned before the formation of Malaysia so I don’t need to read books written by others about Malaysian history. In Sarawak politics, I was pro Sarawak Alliance then the BN until now, joining every campaign during elections. I only support the opposition when PBDS was in the opposition just because it was a Dayak base party which every Dayak should support but then it was not.
In the past BN I considered relevant and there was not a need to change, but after the introduction of ‘Politic of Development’ I saw things changing drastically. This is the reason why there is DB and DL. Although I am old enough but I still don’t need Koyoko yet, I am still hundred percent healthy and still can climb a coconut tree. I still can think properly and see things positively. Through my experience I can smell what will happen to our race if no change is to be taken soon. So I beg DL and groups & DB to consider bermaufakat. If no “maufakat baru” we will not be able to deal with our problems. BN alone just cannot do it and opposition also can’t.
1Malaysia just a political slogan of our new PM, otherwise there is nothing from him. It should be 1Malaysia from the beginning not after
46years,just a mere cover up. Gov’t servant of course have to support this, I don’t blame my fren Kerani opis tanah for he is a loyal servant.
Happy new year.
that is the reason i respect you ABT, a true spirit of the dayak. i wish there are many of you alike among the dayak in terms of spiritual, lateral and critical thinking. but thing did’nt work that way.
i also envy you ABT, especially your health and your ability to climb the coconut tree as alleged and at your aged.
me, though young but i m just a short with big belly and thick spectacles who can’t even finish climb the stairs of the electra house what more to say to climb the papaya tree, ngambi ke tingkar patah, laboh ninggang kerunggan manok.
Every human deserve some level of respect, we cant guarantee for sure, what is written. It’s just a matter of jokes to fool people like pembantu tabir. I hope you are not just busy with the net, co’s yr job is yr main priority. That is what you are paid for. Less talking/netting but get busy on yr job. Sorry.
erm udah register ngundi ba rumah panjai kah…ti enda kitak nya kerah2 magang2…jaku kusung aja
Dear kaban Blogger (with special attention to Aya Bujang Tuai),
I presumed you were in Team B during the PBDS leadership struggle. I think you placed your joker card wrongly, that is why you are more sounded like PKR in this blog.
At your age, when you are not relevant, you thought you will see thing in bigger perspective and overall development for the Dayak, but a bit too late. Your oppurtunity had long past over due during Datuk Denial and Datuk Low Maggie time.
Honestly PBDS crisis was partly because the senior PBDS leaders like Datuk LowMaggie and Datuk Denial were not giving the chance to the younger dayak like Dr James and others to emulate CHANGE,—IT A MUST AT THAT MATERIAL TIME. They thought they were supreme Dayak leader who can lead the dayak.
NOW THE NEW DAYAK (DAYAKBARU) wanted a CHANGE by toppling BN, is indeed a like scaling a Mount Everest, because BN is prepared for the incoming challenges.
Nya aja kaban.
See the leg,
Why suddenly you pop-up in this blog telling others whether they have registered as voters or not?? Nya aja penemu nuan pio! Kitai diberi tuhan akal pemandai guna meh, ukai semina nurun ke umai, motong getah, nupi manok jani di rumah aja wai! Tu dunia ICT, Global..anang tinggal ari pemansang dunia. Ent pia manah agi nuan ngaga kerja nuan ari ke gago beforum ba DB.
Diatu bisi keluar Al-Quran bansa laut dalam jako Iban.Nama runding kitai orang Kristian pasal tu? Kitai Iban ka megai pengarap Kristian anang enda selalu bejimat enggaika alah panjok penguji, lalu anang enda selalu besamayang minta tulung Allah Taala.
i’ve read a comment by John Jamban which is very interesting in regard to ABT.
if the allegation made by JJ is indeed true, i feel so sorry for ABT for placing the JOKER card wrongly during the pbds crisis not so long ago.
most of the times i admire comments written by ABT in regard to any topic.
when i recalled back, the sound, tune, melody and echo what were written it seems to me the allegation does has a basis.
jj said,”…Dear kaban Blogger (with special attention to Aya Bujang Tuai),
I presumed you were in Team B during the PBDS leadership struggle. I think you placed your joker card wrongly, that is why you are more sounded like PKR in this blog.
At your age, when you are not relevant, you thought you will see thing in bigger perspective and overall development for the Dayak, but a bit too late. Your oppurtunity had long past over due during Datuk Denial and Datuk Low Maggie time. ”
anyway i ‘ve no right to interfere with anyone personality. so i leave it up to here.
i believe ABT must ‘ve some reasons in placing his JOKER card in such a way. but lady-luck was not on his team side and human can’t turn back the time.
Tai Palat 1Malaysia. Nama kabuah Orang Kristian enda ulih ngena jako “Allah”..Serata dunya ulih ngena jako ‘Allah” ba orang Kristian, tang datai ba Malaysia serata dunya ketawa besai, laban perintah Malaysia BN kelalu bodoh. Sebedau Islam datai ka dunya ,jako “Allah’ endang udah dikena orang Kristian.Mensia ka enggai ngaku Jesus, Tuhan Allah Taala ti besai kuasa nya sigi setan/iblis nereka.Sampai kes tu datai ba Kot.Arapka bala hakim enda mudah ngarika orang Kristian.
Naka pemayuh slogan udah…
Belum sempat dihadam datai sigi baru…
Mengapa tidaK diperhebatkan
BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU…
Mengapa tidak diperhalusi
Prinsip Rukun Negara….
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN