PKR: Terima Terbuka Hasrat bukan Islam guna kalimah ”allah”.

Taken from The Malaysian Insider

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Jan 5 -

Parti Keadilan Rakyat (PKR):

Satu lagi komponen Pakatan Rakyat (PR), dalam kenyataan terbuka berhubung polemik penggunaan “Allah” berpendirian bahawa keinginan masyarakat bukan Islam untuk menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan perlu diterima secara terbuka.

Perkembangan yang positif

“Kami berpendirian bahawa keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif.

“Dan, perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini,” kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr Muhd Nur Manuty.

Blog DSAI

Kenyataan berhubung pandangan itu dimuatkan di blog Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Pandangan ini dikemukakan selepas rakan komponen mereka dalam PR, PAS tengah malam tadi mengeluarkan pendirian rasminya.

PAS mengambil pendirian “Terbuka”

PAS mengambil pendirian ‘terbuka’ tetapi bersyarat dalam isu kontroversi terbaru dengan menegaskan penggunaan perkataan “Allah” dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Bagaimanapun PAS menegaskan penggunaan kalimah “Allah” secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

Muhd Nur menambah, pihaknya melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud “Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…”.

Malah kata beliau adalah jelas penggunaan kalimah “Allah” untuk mengiktiraf dan membesarkan “Allah sebagai Tuhan adalah hak asasi setiap insan.”

Perlambagaan Persekutuan

“Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini.

Muafakat Pakatan Rakyat

“Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini,” katanya.

Kata Muhd Nur, PKR juga berpandangan perjuangan untuk menegakkan makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah.

Mempunyai foto percutian yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?

Sehubungan itu beliau menjelaskan, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana.

Penangguhan Perintah Mahkamah

Esok, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) menetapkan untuk mendengar permohonan Kementerian Dalam Negeri bagi penangguhan perintah mahkamah yang membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakaan perkataan Allah.

Hakim Datuk Lau Bee Lan akan mendengar permohonan itu pada kira-kira 2.30 petang.

Kementerian itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu semalam.

Majalah Herald berhak

Pada Dis 31 lepas, Hakim Lau memutuskan berdasarkan Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, majalah Herald berhak menggunakan perkataan itu untuk tujuan tunjuk ajar dan pendidikan bagi penganut agama Kristian.

Beliau juga berkata mengikut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan “Allah” untuk menyebarkan agama itu kepada orang Islam tetapi bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan keagamaan.

Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai terjemahan bagi ‘God’ dalam bahagian bahasa Malaysia.

Popularity: 20% [?]

Related posts:

  1. Saya Anak Malaysia Taken from The Malaysian Insider Hari ini adalah hari ini...
  2. Muafakat Baru atau 1 Malaysia; Mana satu pilihan Hati Taken from The Malaysian Insider DIS 21 —Kejayaan paling besar...
  3. 1MALAYSIA – IS “ALLAH” EXCLUSIVE TO ISLAM? Written by gkm2020 The meaning of “Allah” Allah – The...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments

15 Responses to “PKR: Terima Terbuka Hasrat bukan Islam guna kalimah ”allah”.”

  1. Pengayau on January 6th, 2010 9:13 am

    Upon my “DISCUSSION” with one of my MUSLIM colleague,i managed to get an understanding from their(ISLAMIC) point of view

    1.The word “ALLAH” is not exclusively for ISLAM.It CAN be used by all ABRAHAMIC RELIGION such as ISLAM,CHRISTIANITY and JEWS

    2.The word “ALLAH” itself literally mean “GOD”

    3.Even in Arabs speaking countries,CHRISTIANS are using the same word

    4.In fact we were all CONVERTS,regardless you are CHRISTIAN or ISLAM as these 2 Abrahamic Religion itself originated from the Middle East for which we are TECHNICALLY IMPORTED the Holy Quran,Holy Bible from there

    5.There is another 99 name of GOD other than ALLAH

    6.Even during Prophet Muhammad days inn Mecca,CHRISTIANS and JEWS were using the exact word in their Prayer and Worshipping

    7.There is no discrimination or supression agaisnt the Christians and Jews during Prophet Muhammad Days in Mecca eventhough ISLAM is the Majority

    8.Christians and Jews were given Freedom of Religous during the Great Islams Era and ISLAM itself has never ever force those Non Islam to follow their teaching and forced them to convert into Islam

    9.In Islamic perspective,we are all brother and sisters in the context of we are all descendant of Adam and Eve which being create by God

    10.In the context of Malaysia,we are not Arab speaking countries and we had to use Holy Quran in its original language which is Arab

    11.There is only one GOD by whatever names that we might call HIM

    12.Islam believe in one God which is Allah

    13.Islam believe in Muhammad as the Messenger Of Allah

    14.Islam believe in all 25 Prophets including Jesus Christ as Messenger Of Allah

    15.Islam believe that to denied Jesus Christ is equivalent to denied Allah itself

    16.Islam believe that “Bahawa aku naik saksi tiada Tuhan lain selain Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah”"

    17.There is no verse in the Holy Quran which said that only Muslims can use the word Allah

    18.But what that make ISLAM and CHRISTIANS differ was our UNDERSTANDING of God(Allah)

    19.In CHRISTIANITY,we believe in the Holy Trinity which is The Father,Son and the Holy Spirit

    20.But in ISLAM,”Allah itu tidak besekutu dan tidak di sekutukan”

    21.These two are the MAJOR differences between ISLAM and CHRISTIANITY

    Islam tidak melarang pengunaan perkataan Allah di kalangan bukan Islam tetapi dengan syarat,konteks pengunaan itu tidak boleh secara langsung dan tidak langsung nya menimbulkan kekeliruan dan menjurus kepada kesesatan kepada umat Islam.

    Apa yang yang dikhuatiri adalah pemahaman tentang Allah itu boleh terpesong kerana dlm Agama Kristian,mereka percaya kepada konsep Holy Trinity yang mana dlm erti kata lain,Allah itu ada sekutu dan di sekutukan

    Tetapi dari segi Islam,Allah itu hanya satu dan tiada sekutu ataupun di sekutukan.Oleh itu,ini lah yang menimbulkan kebimbangan jika pengunaan perkataan Allah tersebut oleh bukan Islam,boleh memesongkan akidah umat Islam jikalau salah dari segi PENGUNAAN nya.

    Walaupun begitu,soal pokok nya di sini adalah AKIDAH dan PEMAHAMAN seseorang ISLAM tentang agama nya sendiri.

    Pengunaan perkataan Allah oleh bukan Islam tidak membawa apa-apa kesan kepada umat Islam jikalau umat Islam itu sendiri tinggi AKIDAH nya

    Di pihak umat Islam sendiri, pendidikan akidah Islam tidak ditekankan secara yang sepatutnya. Kita lebih banyak menumpulkan soal fekah sehingga melupai pokok yang lebih penting iaitu akidah.

    Inilah sebabnya ramai orang melayu sekalipun bersolat, ada yang mudah terpengaruh dengan
    khurafat, bomoh, tahyul dan seumpamanya.

    Ps:Do feel free to check out my latest posting here http://pengayau.wordpress.com/wp-admin/post-new.php

  2. YHWH on January 6th, 2010 12:15 pm

    Kita perlu berfikiran terbuka… janganlah terlalu ‘degil’ sangat dengan keekslusifan kalimah ‘Allah’… Kristian menang dengan bertunjangkan Perlembagaan Malaysia.. Menurut Pengajian Am tingkatan 6, perlembagaan Malaysia merupakan udang-undang tertinggi negara… Jadi , bila mereka memprotes keputusan mahkamah Tinggi, bermakna mereka melawan undang-undang negara, samalah seperti menentang negara Malaysia… Patut ditahan guna ISA

  3. Balau on January 6th, 2010 2:22 pm

    Memang dalam pengatahuan umum bahawa PAS telah diterajui oleh semua saudara Islam dan dianggotai oleh semua Islam, dan bagitu juga PKR kebanyakan ahli-ahlinya beragama Islam. Tetapi kedua-dua parti ini tidak ada bantahan terhadap Agama Kristian menggunakan kalimah `Allah`. Mengapakah pihak lain bagitu marah sekali dengan masyarakat bukan Islam untuk menggunakan kalimah `Allah`?

    Oleh yang demikian, adalah diharapkan kaum-kaum bukan Islam di Sabah dan Sarawak diminta menilai sendiri diantara PAS, PKR dan UMNO yang mana satu parti politik lebih liberal dan patut disokong.

  4. Anak Sarawak on January 6th, 2010 4:56 pm

    Demontrasi kerana penggunaan “Allah” oleh Majalah Katolik. Suatu perkara yang boleh menggugat keamanan negara.Kenapa kerajaan tidak gunakan ISA untuk menahan puak pelampau ini? Dimana BN? Apakah disebabkan pemimpin tertinggi adalah orang Islam, maka aktiviti ini dihalalkan? Selayaknya 1Malaysia adalah umpan untuk memancing dan bukan untuk membela agama bebilang kaum. Kekuatan agama Kristian amat kuat sehinggan 1Malaysia kena “Tsunami”. Orang Islam kecoh macam ayam bertelur sebiji, tetapi Gereja Katolik biasa sahaja sebab Ia adalah benar. Dalam Injil Tuhan Yesus didera,dikutuk dengan keadaan yang paling teruk sekali tetapi Dia tetap tidak melawan dan seperti membiarkan keadaan itu berlalu, dan akhirnya Dia bangkit tanda kemenangan selepas mati disalib. Sama juga keadaan seperti sekarang.
    Orang Islam Malaysia sebab di Semenanjung ramai orang Islam masuk Kristian kerana ajaran Kristian penuh kuasa Roh Kudus dan penuh kebenaran syugawi.
    Kepada umat Katolik Msia, Tuhan ada menyatakan kepada kita, “Jangan Takut”.

  5. YHWH on January 6th, 2010 6:43 pm

    Sesetengah orang Islam sangat degil…mentang-mentanglah Malaysia mengambil Islam sebagai agama rasmi… Tapi janganlah terlalu taksub wahai sesetengah orang Islam…

    Memetik kata Dr. Mahathir ” Kes ini tidak boleh diselesaikan dengan mahkamah”

    … ANEH,PELIK.. Habis, apala gunanya badan perundangan di negara ini… Inilah apa yang berlaku… terlalu degil, tak nak mengalah sampaikan kuasa mahkamah un diperlakukan macam semut…

    Nik Aziz pula, asyik bertukar2 pendirian.sekejap ya,sekejap tidak.. macam talam sejuta muka… dah nyanyuk… Rasanya dia patut berundur.. . Diharap agar saudara kita ni, insaf, kawal perasaan…

    Mahkamah sudah bersidang. dan keputusan sudah ada… Jika masih juga berdegil, dimanalah demokrasi negara Malaysia.. seolah-olah macam negara Komunis… sukati jak langgar perlembagaan utk jaga hati org Islam…. habis,hati org Kristian xperlu jaga ka???? sunggoh memalukan…

    Democracy for life

  6. kenyalang on January 6th, 2010 9:53 pm

    klu x nak suru guna allah..
    apa kata swk dan sbh keluar sja dr malaysia….
    hidup dlm malaysia pun x guna…klu ini lah cara org tanah melayu layan bumiputera sbh dan swk…

  7. ATASPAGAR on January 6th, 2010 11:36 pm

    Walaupun begitu,soal pokok nya di sini adalah AKIDAH dan PEMAHAMAN seseorang ISLAM tentang agama nya sendiri.

    Pengunaan perkataan Allah oleh bukan Islam tidak membawa apa-apa kesan kepada umat Islam jikalau umat Islam itu sendiri tinggi AKIDAH nya

    Di pihak umat Islam sendiri, pendidikan akidah Islam tidak ditekankan secara yang sepatutnya. Kita lebih banyak menumpulkan soal fekah sehingga melupai pokok yang lebih penting iaitu akidah.

    Inilah sebabnya ramai orang melayu sekalipun bersolat, ada yang mudah terpengaruh dengan
    khurafat, bomoh, tahyul dan seumpamanya.

    Ps:Do feel free to check out my latest posting here http://pengayau.wordpress.com/wp-admin/post-new.php

    Manusia itu satu,sebab itu Tuhan (Creator)juga satu.Darimana asal sebutan Allah ini wujud?jawabannya ialah dari diri manusia itu sendiri..lahir manusia dia dah sebut nama Allah.Tak pilih apa bangsa,agama dll asalkan “manusia”.Seluruh manusia mempertuhankan Allah SWT.Persoalannya dan sepatutnya yang mesti dijawab/dihurai/dikupas oleh mereka2 yang gelar diri mereka ulama2,kiyai2,ustazd2,pederi2,father2,Imam2,
    penganut2 islam dan penganut kristen ialah MANAKAH DIKATAKAN TUHAN ATAU PETARA ITU.KALAU SUDAH MELIHAT ALLAH,KENAL ALLAH,TAHU ALLAH BARULAH DIGELAR PENYEMBAH ALLAH YANG ASLI,ORIGINAL,TULEN DAN DIKATAKAN KEKASIH ALLAH IAITU MANUSIA YANG PASTI MASUK SORGA BILA DAH MATI.NABI2,RASUL2,TERMASUK NABI MUHAMAD SAW DAN NABI ISA A.S. ADALAH SEMUA PESURUH2 ALLAH JADI MESSENGERS DAN MEREKA KENAL ALLAH SWT.MEREKA MELIHAT ALLAH DAN TAHU ALLAH.BUKAN HANYA TAU NAMA ALLAH.SEBUT NAMA ALLAH BUDAK2 PUN TAHU.TAKKAN SAMPAI TUA MACAM BUDAK2?OLEH KERANA NABI2 DAPAT TENGUK TUHAN SEBAB ITU MEREKA TAKUT SEBAB DAH KENAL CREATOR DIA.TUHAN KATA:AKU LEBIH DEKAT DARI URAT LEHER KAMU,KENALILAH AKU,JIKA ENGKAU KENAL AKU,SEMBAHLAH AKU,JANGAN ENGKAU SEMBAH YG SELAIN AKU.BILA ENGKAU SEMBAH AKU MAKA ENGKAU AMAT DEKAT DENGAN AKU,BILA ENGKAU JUMPA AKU,NISCAYA HANCURLAH DIRIMU.Dalam hal ketuhanan seperti bukan kerajaan atau pembangkang jadi penyelamat kita tetapi diri sendiri..apakah engkau kenal Tuhan atau tidak?Jadi soal nama Allah sesiapa pun boleh pakai,boleh ambik,boleh sebut tetapi mengenal atau melihat Allah SWT lebih lagi penting dari setakat tahu nama Allah.Nama Allah bukanlah ALLAH.KALAULAH ALLAH TIDAK ADA NAMA MACAM MANA NAK SEMBAH DIA?

  8. mulutleser on January 7th, 2010 9:49 am

    hoi org islam yg dengki org lain guna nama ALLAH.. satu nasihat gua.. lain kali pikir panjang2… antara islam dan kristian mana yg awal dianuti ? jawab-jawab, sapa nak jawab. Tak malu betullah org islam ni, pandai-pandai nak halang org kristian pakai nama ALLAh. kalo nak tahu, dah bertimbun-timbun tai org kristian kat muka bumu ni barulah agama islam diwujudkan. lain kali hormat sikit agama org lain…cincalu betullah….

  9. tupi singit on January 7th, 2010 11:51 am

    Najib udah salah ba penemu ya empu Satu malaysia kenu ka ya empu ka ngasuh nya teberunsai. Isu Allah pun enda ulih adu enggau manah. Baka madir suba manah ga penemu ya. Isu Allah tok UMNO empu pengawa. Maya PAk lah adai ga mayuh macam. Engka sida enda kala berunding ka ati kitai Iban tok. sebarang aja ka ngaga utai demotrasi meh sida bala laut enda ga memikrir pengelikun Menua kitai.

  10. Anak Sarawak on January 7th, 2010 11:57 am

    Cuba kita lihat di negara – Indonesia. Islam lebih kuat kalau dibandingkan dengan Malaysia,tetapi tak timbul isu yang “Bodoh” seperti di Malaysia.Kerana rakyat Indonesia dan pemimpinnya lebih demoraksi berbanding Malaysia.
    Keadaan di Malaysia adalah luar biasa di mata dunia. Seluruh dunya akan ketawa, sekira terdapat para pelancong asing sedang datang ke Malaysia dan mengetahui hal ini.Sungguh memalukan !!.Apakah “Allah” hanya untuk Islam dan Islam dijelmakan untuk “Allah?. Adalah tidak mustahil jika kita banyak mendengar banyak ajaran sesat datang muncul kerana Islam.Sebagai balasannya dunya luar akan semakin menyerang negara2 Islam.Siapa yang ganas? Osama?Abu Syaaf? Ayah Pin? dll.Tuhan sangat adil kepada semoa manusia di muka bumi dan bukan orang Islam sahaja.

  11. John Jamban. on January 7th, 2010 12:10 pm

    Hello Kaban Blogger,

    1)Who ever say Yangdikasihi did not care for the Dayaks bidayuh?
    2) Who ever thinks Dayak Bidayuh being marginalised?
    3) Who dare say Yangdikasihi discraminate the Dayaks?
    4) who said the Dayaks are being sideline.
    5)Politic of Development must be supported by all Dayaks.
    6) who ever said the Dayaks in PBB has no place?

    Mambong member of parliament Dr James Dawos Mamit has been named by the prime minister as the new deputy tourism minister to replace Sulaiman Abdul Taib who resigned recently.

    Mamit, 61, will be sworn in as the deputy minister on Jan 13, said a statement from the Prime Minister’s Office.

    Mamit, a Bidayuh, is a supreme council member of the Sarawak-based Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

  12. Joshua R,Manai on January 7th, 2010 6:35 pm

    Saya memang 100% sukong Kenyalang.Akhir2-nya mmg begitu perjuangan nya.Tidak ada Pilihan lain,selain daripada itu.Dengan, itulah secara adil untuk meyelesaikan Issue kedua2 pihak ini (Islam &.Christian)supaya Sabah &.Sarawak masih pakai kelimah Allah yg kitak sudah pakai beratus2an tahun seperti biasa.

    Kalau tidak,banyak issue2 lain yg akan berlaku &.bertimbul nanti.Apa yg saya risau,ialah PERGADUHAN antara orang Islam di semananjung dan orang2 Christian di Sabah &.Sarawak.

    Saya puji, Masyarakat Orang2 Islam di Sabah & Sarawak memang berpedalaman dalam issue2 ini.Mereka lebih mantap lagi bercampul gaul diam lebih aman sama2 dengan Masyarakat orang Christian di negri ini.Itulah,sebab2 musium Hari Raya &.Hari Christmas datang rumah ke rumah untk ke-dua2 nya masyarakat,untuk membina pergaulan yg lebih rapat lagi antara satu sama lain.Bukan kitak nak kira mahu makan Kari Ayam dan Minuman yg seronok sahaja.Pendek kata 1 Malaysia,boleh membawa ke-percayaan kepada Masyarakat orang2 Christian sejak telah di tumbuhkan oleh PM selama ini.So, kenapa tak di-pertingkatkan sejauh mana lagi.Issue2 seperti ini,bukanlah patut di-issue dalam agama di Malaysia.Ingat…dalam Malaysia kitak ada berbagai2 kaum agama,selain daripada Islam &.Christian.Mahuka, atau tidak mereka medengar issue seperti ini.

    Kami di-Sarawak &.Sabah lebih mantap lagi merfahami pekara berbagai2 agama seperti ini,kerana kaum orang Islam &.Chritian bejasa berpanduan dengan Holy Quraan dan Holy Bible diri-sendiri.

    Sekian
    Terima Kasih.

  13. YHWH on January 7th, 2010 8:39 pm

    Democracy for life…

    Hope that muslims will recpect our perlembagaan & High Court Decision…

  14. bungai nuing on January 9th, 2010 11:06 am

    undang-undang di malaysia ni dah tak bleh pakai dah. rakyat tak hormat undang-undang pun tak ada tindakan. tapi kalau kutuk sultan terus kena saman. apake jadahnya dgn sultan tu.. bukannya bagi keamanan kat rakyat tapi tambahkan lagi huru hara kat malaysia. ni hah.. org kristian kena tindas, gereja kena bakar, agama di perbodohkan..mana tindakkan kerajaan…pm pejam mata, timbalan tutup telinga dan menteri lain nak tambah bini banyak-banyak..itu je yg mrk tahu.. pastu mrk cakap, pedulilah dgn rakyat biarlah…janji duit masuk poket, pastu enjoy sana enjoy sini. bila masa berucap bukan main lagi, ajar org sembahyang lima waktu, tapi mrk di belakang buat dosa sepanjang waktu. Saya nak tanya semua menteri kat malaysia ni mana dia 1 MALAYSIA yg sering diucapkan? cuma yg saya dengar dan tengak hanya ada satu islam je. di malaysia ni kita sering dengar kuil dirobohkan, gereja dibakar, tapi pernah tak dengar masjid dibakar ? tak adakan, kenapa? kerana kami yg bukan beragama islam ni hormat dgn semua agama walaupun kami tidak sembahyang lima waktu sehari! tak macam yg sembahyang lima waktu sehari konon2nya tapi buat dosa sepanjang waktu! memang org islam ni celaka (tapi tak semua)segelintir je tu… yg celakatu memang akan terasa!

  15. ATASPAGAR on January 9th, 2010 7:40 pm

    mulutleser on January 7th, 2010 9:49 am

    hoi org islam yg dengki org lain guna nama ALLAH.. satu nasihat gua.. lain kali pikir panjang2… antara islam dan kristian mana yg awal dianuti ? jawab-jawab, sapa nak jawab. Tak malu betullah org islam ni, pandai-pandai nak halang org kristian pakai nama ALLAh. kalo nak tahu, dah bertimbun-timbun tai org kristian kat muka bumu ni barulah agama islam diwujudkan. lain kali hormat sikit agama org lain…cincalu betullah….

    Rasulullah SAW bersabda : “Bahwasanya Bani Israil telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah (firqah) dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya masuk neraka kecuali satu”.Para sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya : “Siapakah yang satu itu, ya Rasulullah?”.Nabi menjawab : “Yang satu itu adalah orang yang berpegang (beri’itiqad) dengan peganganku (I’itiqadku)dan sahabat-sahabatku.”
    [HR. Tirmidzi]
    Bani israil 72 firqah dan umat muhamad SAW 72 firqah semua masuk neraka kecuali Ahli Sunnah Wal jemaah yang selamat masuk sorga.Ia itu golongan yang mengikuti jalan muhamad dan mengamal ajaran2 nabi muhamad SAW.Isa a.s. dan Rasul dulu2 pun mengikuti jalan muhamad.Siapa muhamad? dan siapa nabi muhamad?Yang mula dicipta Tuhan ialah muhamad.muhamad itu awal dari adam.muhamad dan Allah tidak bercerai!

Leave a Reply




Bad Behavior has blocked 1371 access attempts in the last 7 days.