Project promised: Project Tebatan Banjir – DEBAK – BETONG
Taken from sarawak Updates
Masalah banjir yang sering melanda kawasan Debak, Betong akan dapat diatasi menjelang tahun hadapan apabila kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM2.6 juta bagi menjayakan perlaksanaan Projek Tebatan Banjir di situ sekarang.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah anak Embas berkata daripada jumlah terbabit, sejumlah RM2 juta diperuntuk untuk membina benteng sepanjang 2.3 kilometer dan lapan buah pintu air (flood gate) di kawasan Sungai Batang Ribas sekarang.
“Kerajaan juga turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM600,000 untuk membina benteng dengan siaz panjang sama (2.3 kilometer) di kawasan bawah Kampung Debak.
“Dengan adanya dua buah projek yang kini sedang dilaksanakan di Kampung Debak maka pihak kerajaan berharap agar masalah banjir yang sering melanda penduduk di sini (Debak) akan dapat diatasi apabila ia dijangka siap menjelang akhir tahun ini,” katanya.
Selain itu kerajaan menurut Uggah juga telah meluluskan peruntukan bernilai RM200,000 bagi melaksanakan projek mendalamkan kawasan Sungai Bakong, Sungai Debak dan Sungai Ubar selepas ini.
Hadir sama ialah Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja raya (JKR) Bahagian Betong, Richard Tajan, Pengurus Besar SACOFA, Haji Jemat Bujang, para pegawai kerajaan dan ketua kaum dari Kampung Debak, Betong.
Popularity: 27% [?]
Related posts:
- Project promised: SMK Tutoh Apoh BARAM Posted by Dr. John Brian Anthony Putrajaya hari ini mengumumkan...
- Empangan di Sarawak nyatanya gagal memperbaiki keadaan hidup masyarakat yang terlibat. Posted by Charles Gau Salam hormat. Selamat pagi kepada tuan-tuan,...
- Kempen Tandatangan Penduduk Baram Taken from Sarawak Uppdate Dayakbaru: We must stay united and...
- Government Project Promised category Written by Dr. John Brian Anthony Inventorized the government promises...
- Setinggan di tanah sendiri Taken from Sarawak Update Dayakbaru: Change WE Must. We have...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Comments
2 Responses to “Project promised: Project Tebatan Banjir – DEBAK – BETONG”
Leave a Reply






Apo neh, maioh amat pemansang bai perintah diatu ngagai sido di area Betong dio. Untong amat sida diau di be menua nyo. Nyau baka nyambut buah engkabang laboh ke tanah, empa pemaioh pemansang ke di gago di sitak Betong. Nyau jeles amat ningo rito pemansang dio. Anang ngelaban perintah, jang.
au, amai jako raja merom nya, tang ia nda nemu kati baka maya ia ka udah nyadi ila.. ungkus projik 2m nyadi 200rm. peda ila.
pprt peda, ungkus 40k, 3 bulan udah abis patah gelegar bala sida..sinu..perintah ka diarap, perintah ka nipu rakyat.